• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Yayyy..dah boleh balik

26/01/2019

“Okay, boleh baliklah yer ayahnya.  Tunggu nanti diorang siapkan dokumen dan ubat yer.  Nanti 2 minggu kita jumpa lagi”

“Yayyy”

Setiap kali duduk wad, perkataan “discharge” atau “boleh balik” tu memang keramat habis.  Tandanya anak dah sihat, tandanya dia dah boleh berlari-lari dan melompat kegirangan.  Tandanya dah boleh senyum dan ketawa mengekek bila dicuit.

Lega dan lapang rasa di dada.

Si anak ni pun dah rimas di dalam bilik.  Asyik ajak pakai kasut dan keluar, dia nak berlari-lari sekitar lobi hospital.  Anak yang di rumah tu pun dah ada yang menangis kerinduan pada ayah dan adiknya.

Sabarlah ye nak, dah nak balik dah ni.

Barang semua dah pack sejak pagi tadi lagi.  Doktor pun dah bagi pelepasan.  Tunggu pihak hospital suruh sain dokumen sahaja.  Bil hospital? Biar pihak insurans yang fikirkan.

Kami hanya mahu pulang ke rumah.

Terima kasih buat semua yang datang menziarah bersama buah tangan dan juga doa.

Paling penting, jutaan terima kasih kepada semua rakan di FB yang sentiasa mengirim doa buat saya dan anak-anak.  Semoga dibalikkan segala doa yang baik-baik tersebut kepada kalian semua.

Aminn.

Mohon maaf sangat-sangat kerana tak dapat nak balas semua komen di post sebelum ini.  Nak like satu-satu pun ambil masa.  Maaf yer.

Kami nak balik rumah dah ni.

Yayyyy!

#diariseorangsuperdaddy.

Share

Blog  / Health  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved