Tengok berita tadi ada isu pasal carseat untuk anak-anak. Katanya ibu-bapa sedar kepentingan seat tersebut namun tak beli sebab mahal.
Saya tengok ada dijual di Giant, Aeon Big sekitar RM150-RM200 sahaja untuk sebuah. Mahal ke tu?
Tinted tak mahal? Sport rim tak mahal? Kos sekali pergi konvoi ramai-ramai tu tak mahal? Beli handphone canggih tak mahal? Rokok tak mahal?
Nyawa anak pun tak mahal?
Kita tak tahu apa yang bakal terjadi sepanjang pemanduan kita. Mungkin kita dah cukup berhati-hati tapi ada orang lain pula yang melanggar kita. Impak pelanggaran kereta ni walaupun perlahan tapi boleh buat kita dan anak-anak tercampak keluar dari kereta kalau tidak memakai seatbelt.
Tak kesian ke kat anak?
Kalau dah tercampak keluar, peluang untuk mati adalah lebih tinggi.
Memang benar, semuanya kuasa Tuhan. Namun sebelum kita menyerahkan segalanya kepada takdir, kita harus berusaha terlebih dahulu kemudian baru bertawakal. Usahanya ialah memastikan kereta berkeadaan baik, semua pakai seatbelt termasuk anak-anak dan kemudian pandulah dengan berhemah.
Ada yang kata anak-anak tak suka duduk dalam carseat. Memang benar, budak-budak dah masuk umur 2-3 tahun baru nak ajar duduk dalam tu memang tak naklah dia.
Saya pernah tulis dan kongsi tentang tips bagaimana nak biasakan anak duduk dalam carseat ni.
Yang sayang anak tu bacalah.







Leave A Reply