• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Benarlah Janji Allah

28/10/2019

Apa perasaan orang yang lahir dalam keluarga yang paling miskin di dalam sesebuah masyarakat?  Sukar digambarkan bagi mereka yang tidak pernah merasa kesusahan, bukan?

Apa perasaan mempunyai 21 orang adik-beradik dari mak dan ayah yang sama dan hidup dalam serba kemiskinan pula?  Juga tak terbayang, bukan?

Bagi seorang hamba Allah ini, keperitan ini hanya dia sendiri yang dapat ceritakannya.

Bekerja sebagai pengutip sampah dengan syarikat pembersihan, dia selalu membawa pulang sisa dan lebihan lauk seperti ayam dan ikan dari Kem TUDM untuk dimakan oleh keluarganya.

Tumpah airmata seorang ibu bila sering melihat ulat-ulat kecil menggeletis keluar dari kocek pakaian dan juga kasut anaknya yang bergelar pengutip sampah itu.

Sedih melihat ibunya menangis.

Dia tekad untuk membahagiakan ibunya, tekad untuk melihat air mata ibunya tumpah dengan sia-sia.  Berbekalkan wang sebanyak RM1.30, dia keluar meninggalkan rumah demi untuk merubah nasib diri dan keluarganya.

Dia ditakdirkan berjumpa dengan Cikgu Halim dan Cikgu Ramli ingin membantu beliau.  Dia diminta untuk mengedarkan risalah atau flyer menjual lot-lot tanah.  Dia juga akan diberi komisyen sekiranya berjaya.  Dia mengambil peluang tersebut dan terus berusaha.  Dia yakin yang Allah telah menjanjikan kesenangan dan kejayaan bagi mereka yang bertakwa dan berusaha.

Janji Allah itu benar.  Dia berjaya menjual 2 lot tanah dan menerima komisen pertama sebanyak RM4 ribu.  Dengan wang yang ada dia membayar yuran universiti adiknya.  Walaupun hanya berulang-alik dengan motor, Allah balas kebaikannya dengan ganjaran yang lebih besar.

Puluhan ribu komisen diperolehi melalui jualan lot tanah.  Namun, duit itu digunakan untuk membina rumah ibu & ayahnya.  Dia juga membiayai sepenuhnya pengajian 18 orang pelajar miskin dari Kemboja.

Benarlah janji Allah.  Dengan sedekah yang ikhlas, rezekinya ditambah lagi berlipat kali ganda.  Dalam tempoh 6 bulan dia beroleh setengah juta yang pertama.

Itulah Tuan Mohamad Azlan Abdullah, berusia 32 tahun yang kini merupakan seorang jutawan.

Antara pesanan dia yang kita boleh ambil iktibar ialah:

“Jadikan kemiskinan sebagai motivasi, jadikan kekayaan sebagai inspirasi.  Apabila memperoleh rezeki, kita perlu bersyukur dan berbuat kebajikan dengan hidup berbakti”

“Kita perlu sedar keberkatan, kesempitan atau kemurahan rezeki bergantung kepada hubungan kita dengan ALLAH.  Jika kita ada masalah hubungan dengan ALLAH, rezeki sempit”

“Saya percaya kepada pemikiran positif akan menghasilkan tindakan positif, seterusnya membawa kejayaan.  Bila dan di mana, saya tidak tahu.  Apa yang pasti kejayaan akan hadir apabila saya berusaha dengan betul”

Begitulah.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka” (Ar-Ra’d [13]: 11).

Tuan Mohamad Azlan akan berkongsi kisah kepayahan dan kejayaan beliau dengan kita semua pada tarikh berikut:

Tarikh : Rabu, 30 Oktober 2019
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Tempat : Tingkat 1, Auditorium Hospital Pengajar UPM

Ianya adalah PERCUMA. Yer percuma, tak perlu bayar sekupang pun.  Datanglah untuk mendengar dan melihat serta bertanya sendiri pada dia jika ingin belajar.

Boleh klik link dibawah untuk tempah tempat duduk anda.

https://tinyurl.com/bualbicaratuanazlan
https://tinyurl.com/bualbicaratuanazlan
https://tinyurl.com/bualbicaratuanazlan

Semoga kita dapat belajar sesuatu dari beliau.

KHAIRUL ABDULLAH
Sedang Berusaha dan Terus Berusaha.

Share

Blog  / Knowledge  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved