• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Mesin Taip Abah

17/10/2019

Dulu lepas SPM abah bagi mesin taip (typewriter) kepada saya dan suruh saya menulis.

Katanya, tulislah apa pun.

Saya tak tulis apa pun, saya tenung jer kertas putih yang terselit rapi dalam platen roller tu.  Saya tekan-tekan besi panjang di sebelah kiri (linespace lever) tu agar kertas naik sedikit demi sedikit sehingga habis.

Satu huruf di keyboard pun saya tak tekan.

Kemudian saya masukkan kertas semula dan ulang lagi.  Seronok juga dengar bunyi krik krik bila platen roller berpusing.

Abah kata kalau saya tulis ok, dia nak bagi kat kawan dia kat sebuah akhbar untuk tengok dan ejas saya masuk jadi wartawan.

Saya masih lagi memusing-musing tombol (right platen knob) di sebelah kanan tu untuk ejas kedudukan kertas.

Abah kata lagi, manalah tahu kot-kot rezeki dalam bidang penulisan ni ada.  Boleh menjadi suara masyarakat, boleh sambung legasi dia.

Akhirnya saya beranikan diri untuk menekan kekunci, bermula dengan huruf S diikuti dengan i, a dan seterusnya.  Saya kira saya ingin menulis tentang diri saya.

Namun saya hanya berjaya menulis beberapa baris sahaja lalu saya bangun dan tinggalkan mesin taip berjenama Olympia di atas meja itu selama-lamanya.  Tidak pernah melihat atau menyentuhnya lagi.

Seterusnya, semuanya adalah sejarah.

Namun, jika begitu takdirnya, siapalah saya untuk menolak.  Mesin taip sudahpun berubah rupa dan bentuknya.  Namun papan kekuncinya masih lagi sama susunan abjadnya.

Hari ini, papan kekunci itu saya ketuk setiap hari.  Tempat saya menulis untuk masyarakat dan tempat saya mencari rezeki.

Moga abah bangga dengan saya.

KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy

Share

Blog  / Nostalgia  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved