“Jangan sampai aku bunuh kau! Bodoh, bodoh, bodoh. Lain kali jangan bawak aku datang hospital!”
“Kau bukan mak aku, bodoh, bodoh.”
Dia bergegas menunju ke arah ibu dia sambil membuka kasut dan cuba memukul ibunya.
Ibunya tenang, setenang-tenangnya.
Dibalas segala amarah dan jeritan si anak dengan lembut sekali. Namun si anak terus memaki hamun dan mengugut untuk memukul.
Aku cuma boleh lihat dan merancang apa yang aku boleh buat kalau benar dia pukul mak dia. Umur dia mungkin awal 30an. Saiz dia besar, dua kali ganda aku.
Seram jugak.
Mujur lepas ugutan tu dia beredar sambil memaki hamun.
Sedih aku tengok wajah mak dia.
Mak dia cakap diorang baru keluar dari jumpa psikiatrist. Anak dia ada masalah mental.
Begitulah.
Kasih ibu terhadap seorang anak tiada bertepi walaupun nyawa menjadi galangnya.
Sesungguhnya dugaan orang lain maha berat berbanding aku.
Aku peluk erat-erat si Khaleef ni sambil menunggu giliran dia berjumpa psikiatrist kejap lagi.
KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy







Leave A Reply