Penat kemain hari ni.
Hari Jumaat selalunya begitulah. Sebolehnya aku akan bercuti untuk selesaikan urusan rumahtangga. Menjelang Sabtu, satu habuk pun tak boleh nak buat bila anak-anak ada di rumah. Kena layan depa jer.
Tapi hari ni tak boleh cuti. Pagi ada meeting, lepas tu berkejar ke klinik bawa Khaleef yang semput untuk ambik neb. Lepas tu selesaikan lagi urusan kerja. Punyalah banyak email dan Whatsapp yang aku tak balas.
Lepas Jumaat aku proses kepala Khaleef yang kena jangkitan kutu. Entah dari mana datangnya aku pun tak tahu. Aku letak ubat lepas tu siap sikat dan cari satu demi satu sampai habis. Stress mata dan tengkuk aku.
Selesai berperang dengan kutu, aku kemas bilik ganti semua sarung bantal, cadar, tuala dan segalanya. Takut ada kutu yang lepak-lepak kat sarung bantal tu. Aku basuh dengan air panas, biar padan muka dia.
Sambil-sambil tu aku curi masa buat assignment. Ahad ni ada kelas oihh. Punyalah banyak discussion dalam iClass yang aku missed. Gagahkan buat mana yang boleh dan sempat. Macam takde harapan jer semester ni aku nak dapat Dean List.
Sedar-sedar dah pukul 5 lebih.
Selesai Asar berkejaran pula ke sekolah ambil Khaleel dan Khaleed. Masuk jer kereta, masing-masing nak makan kat luar, boringlah makan kat rumah katanya. Aku dengan penat dan stress ni sebolehnya tak nak keluar, takut karang terjerit macam Tarzan dalam Alamanda tu.
Memang sungguh.
Aku jeritlah tadi dengan taranum yang paling halus dan merdu bila Khaleef berlari naik eskalator melawan arus. Moga terpesonalah orang kat Alamanda tadi. Tak sempat kot aku nak berlari pergi tahan dia sambil pegang tangan adik-adik dia ni.
Dalam restoran jangan ceritalah. Mata aku ni dah tersembul macam mata ketam dah, suara Tarzan tu aku simpan. Takut ramai tercekik tulang ayam karang bila dengar aku taranum. Maklumlah kat kedai nasi ayam tu tulang ayam dia kan tajam-tajam. Boleh maut oihhh.
Dah makan, berkejaran balik ke rumah. Berdesup jugaklah, takut terlepas Maghrib. Sampai rumah ngam-ngam sempat. Selesai salam, terpaksa jadi pengadil pula. Ada sessi bertumbuk berebut kicking board.
Biasalah jadi pengadil ni, bila kau bagi signal diorang tak faham maka kau terpaksa gunakan suara. Maka bergemalah satu rumah dengan suara Tarzan aku. Kali ni takde nyer taranum bagai. Paling high-pitch aku bagi.
Aku harap jiran-jiran aku tak terganggulah. Depa paham kot yang aku ni dah ler seorang diri, kena buli pulak dengan budak kecik 3 orang ni.
Aku baru selesai mop lantai ni.
Peluh menitik, tap tap tap.
Masin.







Leave A Reply