• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Sesekali Tuhan Hadirkan Rasa Sakit

20/08/2019

“Ok encik, now kami akan masukkan dye (pewarna) pulak yer.  Mungkin akan rasa panas sikit tapi lepas tu dia hilanglah.”

“Baik.”

Sekali bila dah start prosedur tu, rasa panas mula menyusup masuk melalui salur darah, terus rasa panas dan pahit di tekak.  Aku dah tak selesa dah.

Sambil mendengar arahan supaya tarik dan lepas nafas, sambil melihat mesin pengimbas CT yang berputar laju di atas dada.

“Allah, aku terkencing ke ni?” Bisik hati bila terasa panas di bahagian bawah.

Prosedur CTA (Computed Tomography Angiogram) terus berjalan.  Aku buat bodoh jer sampai selesai semuanya.

Aku tak terkencing pun, rupanya memang gitu feeling dia bagi siapa yang pernah buat prosedur CTA ni.

Mujurlah, kalau tak malu I pegang title SuperDaddy.

Begitulah.

Sesekali Tuhan hadirkan rasa sakit.

Malam semalam aku macam nak tumbang apabila bangun untuk sediakan susu si kecil.  Dia punya pening lain macam.  Rasa mual, tak sedap perut, tak sedap badan dan nafas pendek tercungap buat aku resah.

Dengan 3 anak yang masih kecil, inilah ketakutan aku.  Takut sekiranya apa-apa terjadi.  Dengan siapalah mereka akan bergantung nanti.

Pagi tadi aku gagahkan diri siapkan ketiganya dengan linangan air mata dan hantar ke tadika lalu terus ke hospital.  Diarah untuk berjumpa pakar kerana simptom yang aku alami pada usia begini ada risikonya.

Sejarah keluarga juga ada penyakit yang melibatkan jantung yang membawa kepada kematian.  Dengan usia sekarang serta simptom yang dialami dan sejarah merokok aku yang lama maka aku disarankan untuk buat pemeriksaan bagi memastikan yang jantung aku baik-baik sahaja.

Maka seharianlah aku berpakaian gown di hospital hari ini.

Alhamdulillah, keputusan cemerlang.  Jantung aku baik, sihat sejahtera, tiada saluran tersumbat, semuanya lancar seperti hiway nak gi opis sewaktu cuti sekolah.  Bacaan kolestrol cantik, gula pun cun, tekanan darah ok, semua ok.

Jadi apa yang tak ok?

Mungkin stress, mungkin terlebih penat, tak cukup rehat, tak cukup tidur atau tak cukup air pun boleh jadi puncanya, kata doktor.

Maka, hari ni aku berehat-rehat sekejap.  Esok aku nak cuti.  Nak “me time” nak gi spa, nak tengok wayang.

Moga-moga anak-anak aku tak tahu aku nak gi tengok Boboiboy.

#DiariSuperDaddy

Share

Blog  / Experience  / Health

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Comment


Sitie Fatimah MN
20/11/2019 at 1:49 pm
Login to Reply

I have been subscribing for quite some time. Nak wish you get well soon and please take care of your health. I am not ready to not reading your blog yet for now. I enjoyed it and it made me stronger about myself tak tahulah dari aspek apa. Please jaga kesihatan. Thank you.



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved