• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

And, I Keep Moving Forward

17/08/2019

Terpijak Lego, sisa makanan atau tumpahan minuman adalah benda yang perlu saya hadap setiap hari.  Benda-benda begini tampak kecil namun ia boleh menjadi punca stress kepada saya.

Penat seharian bekerja, kita nakkan rehat, kita nak “clear our mind” dan kita nak balik ke rumah dan berehat at least sebentar dengan aman.

Namun bila di rumah, kita terpaksa bekejaran menyiapkan rutin seterusnya maka penat tadi mula menjadi tegang.  Tambahan lagi bila masuk ke rumah, mata dihidang dengan pemandangan yang berserabut.

Kusyen dan bantal di ruang tamu berselerakan, bila berjalan kaki mula terpijak mainan yang amat menyakitkan seperti Lego.  Kaki juga terpijak butiran nasi dan sisa makanan yang dibuang oleh anak-anak di segenap ceruk rumah.  Bisa menimbulkan amarah.

Selagi benda-benda ini tidak diselesaikan maka ia akan menjadi punca ketegangan.  Maka mengemaslah seketika untuk menghilangkan serabut di kepala.  Namun beberapa minit kemudian serabut tadi menjelma semula.

Kemudian dihidang lagi dengan jeritan dan tangisan, segala jenis pergaduhan.

Hmmmm.  Stress mula melanda.

Hela nafas panjang dan dalam sambil cuba alih atau buang terus perasaan tegang tadi.  Kadang berhasil kadang tidak.  Penat dan stress kadang kala buat saya hilang pertimbangan.  Hilang pertimbangan bermaksud baran saya akan kembali.  Ini yang paling saya takut.

Membesarkan anak berseorangan adalah benda paling besar di dalam hidup yang pernah saya lakukan.  Saya tahan penat dan sakit pening agar anak-anak terjaga.  Saya abaikan perut yang berkeroncong agar anak-anak dapat tidur lena.

Kadang saya rasa seperti ingin give up.

Banyak titik dalam saya hidup setahun yang lalu yang saya rasa ingin mengalah.  Tidak mahu teruskan, biarlah apa nak jadi-jadilah.  Saya ingin lepaskan amanah dan tanggungjawab ini.  Ambillah, ambillah, saya tak sanggup lagi.

Namun, apabila memandang wajah ketiga-tiganya dan mengenang senyum manis wajah arwah ibu mereka maka saya bersujud.

Bersujud agar diri kembali tenang serta menadah tangan agar diberi kelapangan dan kemudahan untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

And, I keep moving forward.

KHAIRUL ABDULLAH
#DiariSuperDaddy

Share

Blog  / Experience  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved