• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

“Daddy, Daddy, I Can’t See”

13/08/2019

“Daddy, daddy, I can’t see.”

“Kenapa Khaleef?  Meh daddy tengok.”

“Is it morning already?  I can’t open my eyes.”

Rupanya kedua-dua belah matanya rapat bergam oleh taik mata.  Dah dicuci barulah boleh buka, itupun bengkak dan merah.  Kesian.

Baby Khaleed pula demam.

Matanya pun bengkak dan merah.  Dah keduanya kena sakit mata.  Berjangkit dari sepupu waktu raya Ahad lepas.

Hanya Khaleel yang ok.  Dia selalunya jarang sakit, jarang demam, jarang kena jangkitan.  Dia rilek-rilek sahaja.  Hari tu waktu baby kena chicken pox, saya tak asingkan mereka.  Saya siap bagi dia rapat-rapat dengan baby tetapi tak berjangkit jugak.  Kuat dia.

Okay, hari ni saya pasti sibuk.

Tak dapat masuk kerja lah beberapa hari lagi.  Ada beberapa appointment yang perlu saya tunda.  Mujurlah saya bekerja sendiri.  Tiada bos yang perlu saya hadap untuk minta cuti.

Semoga saya diberikan kesabaran yang tinggi untuk hadap dua budak yang sedang merengek dan meragam ni.

#DiariSuperDaddy
#KhaleefSpeaks

Share

Blog  / Health  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved