• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Khaleed’s Punching Bags

27/07/2019

Bedebub bedebap bunyi saya dengar dari dalam bilik.

Lalu saya masuk menjenguk.  Kelihatan Khaleef dan Khaleed sedang bergusti.  Si abang sedang tumbuk belakang adik kecilnya dan si adik sedang mengelak dan cuba membalas.

Itu yang bunyi bedebub bedebab tu.

Sekali dia berjaya pusing dan melepaskan diri lalu melepaskan dua das tumbukan tepat ke muka si abang.

Serta merta si abang meraunglah kesakitan.  Teresak-esak, sakit katanya baby buat.

Mana taknya, si baby melepaskan tumbukan dengan tapak tangan di mana dalam genggaman tu ada kereta besi Hot Wheels tu.

Sakit kot.

Hmmmm.

Dah bergelap bilik ketika dipaksa tidur tiba-tiba ada raungan lain pulak.  Kali ini Khaleel si adik pula menjerit menangis.

“Baby gigit, baby gigit”

Aduhhh.

Sempat lagi digigit abangnya tu.  Petang tadi selepas asar dia gigit bontot saya. Fuhhh rasa nak penampar kau.  Terkejut satu hal, sakit satu hal.

Macamana nak nasihat, nak bagi paham dan nak marah pun dah tak tau.

Semacam betul anak bongsu sorang ni.

Tadi sebelum tidur dia bantai 2 ulas durian.  Abang-abangnya langsung tak hingin, bau pun tak nak.  Dia selamba tibai 2 ulas besar.

Hmmm.

Share

Blog  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved