• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Teppanyaki at MidValley Megamall dan "Starlight"

28/04/2011
Ketika memandu pulang dari kerja, saya dan isteri berbincang tentang makan malam. Kata isteri, “I nak makan makanan Thai, kat Shah Alam Mall”. “Errrkk…sekarang kita kat KL, jalan jem, entah pukul berapa nak sampai Shah Alam”. jawab saya. “Ye lah..ikut suka you lah nak makan kat mana”..jawab isteri saya dengan nada merajuk. Eeee..rasa macam nak “starlight” jer bini aku ni..(dalam hati la). Siapa tak tahu “starlight” tu apa? angkat tangan. “Starlight” adalah sejenis perbuatan di mana….eh, nanti lah saya cerita pasal tu yer. Sekarang nak cerita pasal makan malam.
Dipendekkan cerita, dah kebetulan berada dekat dengan MidValley, isteri saya mencadangkan agar kami singgah dan makan makanan Jepun pula. Baiklah…kami pun singgah di sana.
Sebenarnya saya dan ister sudah hampir setahun tidak menjejakkan kaki ke MidValley..sebabnya..pertama malas nak cari parking dan kedua malas berasak-asak dengan orang ramai ketika hujung minggu. Jadi sebab itulah kami jarang ke sana.
Selepas meletak kereta, kami pun berjalan ke restoran kesukaan kami iaitu TEPPANYAKI di tingkat bawah. Sambil berjalan kami terlihat beberapa perubahan di kompleks tersebut dengan adanya kedai2 baru dan juga perubahan terhadap hiasan dalamannya. Maklumlah dah setahun tak jejakkan kaki ke sana.
Mulalah kami terfikir..”Eh..ada lagi ke restoran tu? silap-silap dah tutup” kata saya kepada isteri. “Entahlah” jawab isteri saya ringkas sambil mata meliar mencari kelibat restoran tersebut. Akhirnya…ya..restoran tersebut masih ada.
Restoran Teppanyaki Mid Valley Megamall
Pantas kami masuk, duduk dan terus order. Beef & Cuttlefish Teppanyaki with hot green tea and fuji snow (ABC). Saya berpesan kepada pelayan yang saya nakkan nasi saya dihidang di dalam mangkuk, bukan di dalam tray, kerana saya makan menggunakan chopstik. Saya tidak suka menggunakan sudu dan garfu bila makan makanan yang sepatutnya di makan menggunakan chopstik. Tak “feel”.
Tetapi..pelayan tu tetap “confius” walaupun saya berulang kali menerangkan kepada beliau sehingga datang pelayan lain membawa mangkuk dan menyuruh pelayan tadi memasukkan nasi ke dalam mangkuk dan dihidangkan kepada saya. Dulu, semua restoran Teppanyaki menghidangkan nasi di dalam mangkuk, tetapi kini kebanyakkannya di dalam tray, kerana ramai pelanggan menggunakan sudu dan garfu.
Cuttlefish Teppanyaki

Fuji Snow

Beef Teppanyaki
Seperti biasa..saya makan sampai licin. Bagi saya, teppanyaki kat MidValley ni adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan restoran yang menghidangkan teppanyaki di kompleks membeli belah. Tak nak bandingkan dengan restoran Jepun di hotel-hotel mewah la sebab harganya berbeza. Paling best saya pernah makan di sebuah restoran Jepun di Sheraton Subang.
Ironinya, dah 2 kali ke Jepun, saya tidak pernah menikmati teppanyaki di sana.
Kenapa ye? ENTAHLAH..I dont Know.
beef teppanyakicuttlefish teppanyakifuji snowmidvalley megamallstarlightteppanyaki
Share

Blog

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Beef Teppanyaki – A Meaty Affair
22/10/2012
Starlight..Cahaya Bintang atau Bentuk Penderaan?
11/05/2011

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved