• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Rutin

16/07/2019

Waktu tegang dalam rutin harian saya adalah antara jam 6-9 malam.

Saya biasa ambil anak-anak sekitar jam 5.30 petang dan perjalanan pulang berjarak 25 km mengambil masa sekitar 45 minit.  Sesampai di rumah maka saya mula “berperang”.

Waktu itulah waktu puncak untuk ketiga-tiga hero ini bergaduh, bertumbuk, menyepahkan rumah, nak minum, nak makan, nak berak, nak mandi dan sebagainya.

Mujur setelah 10 bulan berlalu saya sudah pandai multi-tasking.  Boleh memasak sambil masukkan baju dalam washing machine, sambil basuh pinggan sambil vakum, sambil basuh berak sambil lerai pergaduhan, sambil cari toys dan sebagainya.

Namun, Ya Allah, tegang dan memenatkan.

Usai makan malam atau selepas Maghrib saya benarkan mereka bersama gadget sekitar 30minit.  Jam 8 malam lebih sikit terus semuanya kena halau ke bilik.

Jam 8.30 malam satu rumah sudah bergelap.  Semua lampu dipadam.  Tiada cahaya dibenarkan daripada apa device sekalipun terutamanya tv.

Seterusnya saya hanya perlu buat countdown, 10,9,8,7,6 dan bila sampai angka 5 Khaleel akan tutup device dia.  Mencecah angka 1 maka Khaleef pula akan tutup sambil gelak-gelak mengekek sebab dia tahu kalau tak tutup daddy dia akan gigit perut diorang ala-monster.

Selepas itu masing-masing berborak, bertanya soalan itu ini, bercerita itu ini.  Sekitar 9 malam maka semuanya sudah lelap bergelimpangan.

Maka dapatlah saya taip status ini.

Begitulah rutin saya hari demi hari.

Bila orang tanya eh macamana budak-budak tu boleh tidur awal?

Maka itulah jawapan saya.

Gelapkanlah rumah keseluruhannya dan jadilah monster yang boleh gigit perut hingga diorang ketawa sampai pengsan.

Sekian.

Share

Blog  / Experience  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved