Kat tepi kolam renang ni.
Khaleef tengah ajar cikgu dia cara-cara bersabar dengan penuh dedikasi. Banyak sangat mulut dia, ada sahaja alasan dia bila cikgu suruh buat itu ini. Cikgu suruh buat gitu, dia pulak suruh cikgu buat gini.
Kena sabar banyak betul jadi cikgu dia. Kalau ada benda yang dia tak nak buat maka ada seribu alasan termasuk alasan saintifik dia bagi kat cikgu.
Nampak gaya adik dia akan boleh berenang dulu ni. Adik rilek jer. Suruh terjun dia terjun, suruh paddle dia paddle, jangan suruh bubble jer dia tak mau.
Haish macam-macam.
Terhibur juga tengok macam-macam ragam budak-budak belajar renang ni.
Tadi tengah berjalan dari kolam kecil ke kolam besar, Khaleef berjalan di belakang dua orang gadis yang juga sedang menuju ke kolam yang sama.
Sekali dia jerit “bontotttt” sambil tunjuk kat bahagian gadis tadi. Terus gadis tadi menoleh.
Aduhhh, jatuh saham daddy nak oiii.







Leave A Reply