Apasal banyak cerita rotan ni weh?
Aku dulu kat sekolah punyalah banyak kena rotan sampai tak ingat berapa dah. Yang aku paling ingat kat bilik warden ada sekitar 4-5 jenis rotan, macam-macam saiz dok ada.
Kau pilihlah nak yang mana. Yang pedih menghiris, yang luka dilukai, yang birat melebami atau apa sahaja mengikut kesesuaian bontot kau. Hanya kau yang tahu.
Rotan kat tangan tak main okeh.
Rotan yang paling cikai aku rasa rotan bulu ayam tu lah. Sekali berbirat ada cap cangkuk atau lengkung macam pemegang payung tu kat bontot atau peha kau. Buat malu jer.
Rotan lain adalah lebih hensem berbanding bulu ayam sebab hanya bergaris dan lebam sahaja, takde corak atau bentuk lengkung manja sangat. Kau boleh dapat bentuk sarjan atau koperal sahaja. Macho.
Setiap kali kena rotan, harus merayu kepada cikgu agar tidak dimaklumkan kepada mak bapak, dikhuatiri ada penambahan rotan samada dari tali pinggang, hanger mahupun ranting pokok atau apa sahaja yang boleh dicapai oleh mereka bila balik cuti nanti.
Namun setiap kali kena rotan, wajib maklumkan kepada kawan-kawan bagi menunjukkan taraf atau ranking kehebatan kau di sekolah semakin meningkat naik.
Awek suka pakwe yang nakal-nakal ni.
Sekian, terima kasih.







Leave A Reply