Tadi selepas sarapan dengan anak-anak kat sekolah, saya pun bertolak ke pejabat.
Baru jer keluar simpang sekolah tu, dari jauh ternampak ada sosok sedang berjalan di laluan pejalan kaki sebelah jalan utama.
Amboi, budak rapper mana sesat pagi-pagi kat Putrajaya ni. Siap bertracksuit dengan headphone besar di kepala kemain lagi.
Dah dekat, saya pun perhatilah orangnya.
Perghhh, Menteri Pelajaran Malaysia, Dr. Maszlee Malik rupanya.
Kemain dia punya style tu.
Namun saya respek dia sebab selalu meluangkan masa untuk bersenam. Beberapa bulan lepas terserempak juga bila dia sedang berjogging. Siap melayan Khaleef berborak dan dukung si Khaleel lagi.
Depa kata kalau menteri dukung anak kita nanti budak tu besar jadi menteri jugak.
Betul ke?
Depa kata la.







Leave A Reply