Saya jawab komen untuk post sebelum ini secara berjemaah yer.
1. Rambut tak terurus. Memang saya tak sikat rambut. Memang saya biar panjang. Ada orang request agar saya simpan rambut panjang macam dulu supaya boleh ikat. Dia suka katanya.
2. Nak belanja pergi potong rambut. Tak perlu, rujuk jawapan di atas. Terima kasih.
3. Mata lesu. Yer tak cukup tidur.
4. Misai dan janggut tak trim. Yer dah 3 hari tak trim. Saya tak cukur sebab anak bongsu saya tak suka. Dia suka main janggut saya.
5. Posing dekat sangat muka penuh skrin. Yer tangan saya pendek dan takde selfie stick.
6. Dahi luas, dah nak botak. Memang dahi saya luas sejak azali. Mak saya kata akai jenuh. Tapi bukan nak botak yer.
7. Nak belanja facial. Ok pm tepi.
8. Lighting on point! Yeah thank you.
9. Senyum tak nampak gigi. Ok memang sengaja sebab trend pagi ini.
10. Guna kamera apa? Iphone.
11. Misai putih rambut hitam. Kuasa Tuhan. Tandanya bibir lebih tua dari akal. Kurangkan bercakap dan lebihkan berfikir.
12. Tak boleh nak tatap. Takpe jeling pun dah memadai.
13. Boleh berkenalan? Tak boleh.
14. Angle tak betul, muka ke kiri sikit, handphone tinggi sikit. Okay saya bukan gegirl.
15. Ada uban dah? Yer sebagai peringatan yang saya dah tua.
16. Nampak macam Jep Sepahtu. Sepupu kawan saya sebelah adik ipar dia.
17. Sikatlah rambut, jangan memalukan single parent. Ok tiada jawapan.
18. Wajah macam tak sempat urus diri. Keterampilan diri saya bukanlah priority buat masa ini, saya dahulukan keperluan anak-anak. Lagipun saya tak perlu impress sesiapa.
19. Khidmat perunding imej? Terima kasihlah, saya taknak orang terpikat dan tertawan.
20. Bibir pucat. Mohon belanja lip gloss.
21. Potong rambut akan lebih hensem. Taknak, takut ramai tambah tergoda.
22. Kecewa tak dapat jadi first like dan komen. Ambil nombor awal sikit.
23. Build self confidence? Benar sekali.
24. Subhanallah indahnya. Alhamdulillah, pm tepi kita pi makan sedap-sedap.
25. Senyum menggoda. Mujur belum tunjuk gigi lagi, kalau tak pakat melting habis.
26. Nampak muka penat. Yer penat selepas terpaksa habiskan nasi lemak dan roti canai anak-anak tadi.
27. Kalau preggy boleh kenan bila tatap. Mohon jangan alihkan pandangan.
28. Berseri macam tengah bercinta. Berseri sebab ada payment masyuk dan ada orang nak sponsor facial.
29. Dah ada yang meminang? Ada ramai yang melamar tetapi takde pun yang hantar rombongan.
30. Menyesal tak komen tadi. Dah padan muka ![]()
31. Senyum macam terpaksa. Benar, terpaksa sebab nak selfie.
Semoga semua pertanyaan telah terjawab.
Kalau ada komen atau soalan selaian dari di atas saya akan update senarai ini.
Sekian.







Leave A Reply