| Kereta mewah..tak kisah, saman bleh bayar |
Saya bersama isteri ke Ikea untuk membeli beberapa barangan dapur. Jalan menuju ke Ikea dan The Curve sesak, sebab cuti umum agaknya.
Dan seperti biasa, kesesakan juga berpunca dari sikap rakyat Malaysia sendiri yang suka meletakkan kereta di bahu jalan, walaupun terdapat larangan berbuat demikian. Saya yakin, alasan yang akan diberikan ialah..parking penuh.
![]() |
| Orang pun parking juga..saya ikut ler…itulah mentaliti orang kita |
Dan seperti biasa, undang-undang di Malaysia boleh dilanggar..kerana tiada penguatkuasaan. Apa guna berhabis duit dan meletak papan tanda amaran sekiranya tidak dikuatkuasakan?
Bolehkah Malaysia menjadi sebuah negara maju dengan rakyatnya juga berfikiran maju?
ENTAHLAH..I don’t Know.
Sent via BlackBerry® from Maxis








3 Comments
Bukan nk mengata, tapi Hakikat. Bukan semua tapi sesetengah…berlagak klu dijalan… 🙂
ye betul..bukan semua. Tetapi yang sesetengah itu lah yang memburukkan semua..
saya mmg anti parking bersepah.. sedaya upaya saya sedang didik anak2 ttg adab di jalanraya, buang sampah, dan mcm2 yg mana saya dpt dari bacaan mengenai pengalaman penulis terutama di luar negara..
kadang berpusing2 tempat sama nak cari parking sedangkan ramai yg park di bahu jalan, biar jalan jauh sedikit sbb saya tknk jd sama mcm mereka..