• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

What A Day..

27/04/2019

Penat sungguh hari ini.

Ketiga-tiga hero tu mula bermain, bergaduh, bertumbuk sejak awal pagi lagi.  Biasanya hari Jumaat saya bercuti untuk uruskan rumah, namun semalam saya ada talk di KL jadi semua kerja kena buat hari ini.

Mengemas, membasuh, memasak diiringi jerit dan tangis tiga makhluk kecil ini sememangnya mengundang stress dan penat ya amat.

Petang tadi tidurkan baby dan dengan saya sekali jalan.  Tak lama pun, sejam sahaja. Namun natijahnya besar juga.

Sebotol shower gel yang baru dibeli cuma berbaki suku sahaja.  Penuh buih dalam bilik air.  Di pakej dengan tisu tandas yang berlongok-longgok berserta buih-buih tadi.

Penuh tumpahan air di atas, di bawah dan di sekitar meja makan dan sekotak tisu juga nampaknya dihabiskan di dalam percubaan mengelap segala sisa tumpahan tadi.

1 balang cookies dan 1 balang keropok dah bertukar jadi macam bancuhan Milo dan teh pekat.  Rupanya tumpahan air tadi adalah akibat dari percubaan menjahanamkan 2 balang makanan tadi.

Bantal-bantal sofa pula bersusun-susun, dijadikan tempat untuk terjun dan smack down.  Turut kelihatan sisa atau serdak cookies bertaburan memenuhi sofa dan karpet.

Kasut-kasut dari rak juga dikeluarkan dan diselerakkan.

Ketika saya bangun dan perasan semua keadaan di atas, suspek utama telah menghilangkan diri.  Kata adik, abang bersembunyi.  Abang yang bersalah, dia cuma membantu sahaja.

Baguslah.

Tarik nafas panjang dan kemas semuanya sambil membebel dan memanggil pesalah.  Namun dia terus senyap bersembunyi sehinggalah ditangkap ketika sedang bersembunyi di balik peti ais.

Setelah disoal siasat, dia mengaku bersalah dengan muka yang paling sedih namun tidak rela menerima sebarang hukuman.  Setelah dimarah, dia dipaksa mengemas kembali semua kasut serta bantal sofa yang berselerakan.  Adik tidak membantu kerana katanya dia tidak bersalah.

Hmmmm.

Mujurnya, saya tidak lagi terpijak Lego-Lego yang biasanya berselerakan kerana pagi tadi segala mainan yang berselerakan telah saya angkut masuk ke dalam plastik sampah lalu “dibuang” walaupun tangisan dan esakan mengiringi pemergiannya.

Jam 9 tadi semuanya sudah tidur bergelimpangan.  Terasa bersalah pula sebab marah-marah petang tadi.

What a day!

And I miss her dearly.

#DiariSuperDaddy

Share

Blog  / Experience  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved