Tadi Khaleef kata yang dia sayangkan adik-adik dia. Dia ada 2 orang adik, seorang adik besar dan seorang adik kecil. Comel adik-adiknya.
Saya bertanya, dia ada ayah tak? Katanya sayalah ayahnya. Dia sayang ayah dia sebab dia dah tak ada ibu. Katanya, dia ingat semua tentang ibunya.
“Do you remember your mother’s name?”
“Yeah, her name is Marleena, but hmmm… my mommy die already. But even mommy is gone, we still family rite daddy?”
“Yes, we’re family. Incomplete, but still a family.”
“I love my mommy you know. She cute and pretty, just like a queen. Hmmm…I miss her daddy.”
Terus dia pandang saya dengan senyum tawar.
Jeda.
Kami selalu bercakap-cakap tentang dia. Kadang-kadang saya yang mulakan dan tanyakan, kadang-kadang anak-anak yang teringat lalu masing-masing menyebut.
Yer, kami sayu mengenangnya namun akan muncul bahagia setiap kali bercerita kisahnya. Sesungguhnya kami akan sentiasa mengenangnya.
Usahlah disuruh kami move on kerana kami baik-baik sahaja. Kami hidup seperti biasa, tiada yang terganggu atau terencat di mana-mana. Sama seperti orang lain. Cuma kami tiada orang yang paling kami sayang. Itu sahaja.
Jadi kami memilih untuk sentiasa mengenang dia. Mengenang orang yang paling penting di dalam hidup kami anak-beranak. Orang yang mengatur dan mengurus hidup kami dan paling penting orang yang membahagiakan kami seadanya.
Hanya kenangan yang kami ada untuk kami terus kuat melangkah memegang cita dan amanahnya.
Jeda.
Kami, orang-orang yang kehilangan seperti orang-orang lain yang turut kehilangan samada pasangan hidup, ayah atau ibu atau juga anak-anak akan terus memilih untuk mengenang orang-orang yang paling kami sayang.
Mengenang bukan bererti kami tidak move on, bukan bererti kami lemah, bukan bererti kami sedih atau kecewa dan bukan juga kami tidak bersabar dengan dugaanNya.
Kami mengenang kerana di dalam kerinduan dan kenangan itu akan muncul secebis kebahagiaan.
Dan kami akan terus mengenang selagi hayat dikandung badan.







Leave A Reply