• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Ubat Bontot

12/04/2019

Sedang saya sediakan ubat-ubatan untuk baby yang demam, Khaleef datang menjenguk.

“What are you doing daddy?”

“I’m preparing medicine for baby, in case his fever get worse.”

“Can I see?”

Saya pun tunjukkan pada dia ubat yang sedang saya susun dalam bekas berserta thermometer dan ubatan lain.

“Oh nooooooo..”

Dia pun lari sambil menjerit.

“Ubat bontotttttt”

Kah kah kah.

Khaleef kalau ubat makan dia memang champion, bagi apa sahaja semua dia telan.  Tapi ubat bontot ni kalau dia nampak memang jangan haraplah nak dapat cucuk masuk.

Kena tunggu masa yang sesuai, kena dapat kedudukan yang sesuai dan kena cuba masukkan dengan sekali percubaan sahaja.  Kalau gagal maka kena tunggu dia tidur pulak dan cuba lagi.

Berkat 5 tahun saya buat kerja cucuk bontot ni maka saya dah mahir ya amat.

Dalam beberapa saat sahaja boleh settle.

Power kemainnn.

#diarisuperdaddy

Share

Blog  / Health  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved