• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Kuku Hantu Kak Limah

08/03/2019

“Daddy, kuku saya macam Hantu Limah dah.”

Khaleel datang kepada saya sambil menunjukkan kukunya yang sudah panjang.

“Haaa, eloklah tu, jom daddy potong sekarang.”

Sejak dia dan abang tertengok cerita Hantu Kak Limah kat Netflix hari tu, asal kuku panjang sikit sahaja terus minta potong.  Tak mau jadi macam Kak Limah katanya.

Arwah isteri tidak pernah sekalipun memotong kuku anak-anaknya.  Dia tak berani, takut nanti terkena jari terpotong isi.  Lalu sayalah yang melakukannya.

Nikmat Allah bagi pada saya untuk memegang, melihat dan memotong kuku di jari yang sangat kecil di awal kelahiran sehinggalah dah besar sekarang.

Saya melihat saban minggu jari-jari kecil itu membesar dan membesar.  Saya melihat saban bulan jari jemari itu mahir memegang sesuatu.  Kini jari-jari itu sudah mula pandai melukis sesuatu.  Jari jemari itu juga sudah pandai membantu.

60 batang jari dari 3 orang anak-anak kecil itu yang mengindahkan dan melengkapkan dunia saya.  Tanpa jemari itu sudah pasti saya tidak gagah berdiri seperti hari ini.

Terima kasih duhai isteri kerana melahirkan 3 manusia kecil ini untuk saya.  Tempat saya melepas rindu dan tempat saya melepas rasa.

Sesungguhnya wanita adalah insan yang kuat dan hebat.

Izinkan saya meminjam kekuatan kalian dalam membesarkan 3 anak kecil ini.

Selamat Hari Wanita buat semuanya.

#diarisuperdaddy

Share

Blog  / Experience  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved