Banyak berita tentang kanak-kanak samada didera atau mati dibunuh mahupun terbunuh melintas di newsfeed kita.
Saya sebolehnya cuba elak dari membaca berita sedemikian. Hati saya tidak kuat, boleh jadi murung dibuatnya.
Dulu, sebelum menjadi seorang ayah, saya masih mampu membaca berita-berita sedemikian. Sedih, sayu, marah, geram, benci semua ada bila mengetahui apa yang terjadi pada anak-anak yang didera dan dibunuh kejam.
Kini, walaupun tidak membaca sepenuhnya, tajuk sahaja sudah membuatkan saya membayangkan kejadiannya. Jika dibaca lagi bertambah sedih. Terbayang terus wajah 3 anak kecil sendiri.
Kisah sedemikian akan merobek-robek hati dan jantung saya. Tersangat pedih, tersangat pilu dan berjurailah airmata membayangkan, apatah lagi jika melihat gambar atau video yang dikongsi.
Fuhhhh, memang saya tak akan tengok video sebegitu.
Apakah perasaan seorang manusia yang tergamak melakukan perkara begitu terhadap anak-anak kecil? Bagaimana seorang ibu tergamak meninggalkan seorang anak bersendirian berhari-hari lamanya?
Bagaimana perasaan seorang manusia yang tergamak mencabut nyawa seorang anak kecil? Demi Allah saya tak dapat bayangkan.
Sedangkan melihat anak kecil yang menangis hendakkan aiskrim pun kita sudah merasa kasihan apakah lagi melihat anak kecil yang menangis kesakitan akibat didera atau disiksa.
Anak kena gigit nyamuk pun kita kesian dan akan buru nyamuk tadi sampai ke lubang cacing, punyalah sayang kepada anak. Yang boleh pukul atau dera anak sampai mati ni sungguhlah saya tak boleh nak brain.
Anak bongsu saya jatuh sofa pun saya punya sedih berhari-hari bila terbayang kesakitan dia, apatah lagi kalau sakit didera.
Entahlah.
Manusia dah semakin gila barangkali.







Leave A Reply