“Daddy, next time please be careful okay?”
“Why? What’s wrong?”
“See, there is onion in my food. I might cry if I bite this you know. Please be careful okay daddy?”
“Yelah, yelah.”
Itulah Khaleef, ada sahaja yang tak kena.
Kadang-kadang brocolli “too hard”, kadangkala “too soft” padahal bila mood taknak makan dia datang maka dia cari alasanlah.
“Ohhh, its yummy, daddy. Taste good but I am already full.”
Tu pun jenis statement nak mengelak makan jugak tu. Ada lah something yang tak kena dengan selera dia atau memang dia taknak makan.
So far memang dia tak pernah cakap benda yang dia makan tak sedap. Kalau betul tak kena selera dia atau memang dia taknak makan maka samada dia puji sedap tetapi dia dah kenyang atau dia pergi buang senyap-senyap dan cakap dia dah makan habis.
Satu lagi dia ni jenis malas nak makan.
Kalau si adik boleh jer bangun pagi selongkar cari makan namun dia buat bodoh jer selagi tak diajak atau disuruh makan. Jarang sangat dia minta nak makan.
Kadang-kadang sanggup cakap dah kenyang bila suruh makan kalau dia asyik main game atau melukis atau main Lego dia. Tapi kalau offer nak suapkan dia akan senyum tanda setuju dan boleh siap tambah lagi.
Boleh tahan banyak jugalah dia makan sebenarnya.
Namun kurus kering jugak.
Nak kata tak berkhasiat, takkan kot. Nasi, ayam, mee, spaghetti, segala jenis pasta, karot, brokoli habis dia bedal.
Hmmmm..entahlah.







Leave A Reply