• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Dia Tak Akan Balik Lagi

22/02/2019

Saya tak pernah menyangka yang saya boleh tahan dalam menguruskan 3 orang anak kecil ini.

Dulu setiap kali arwah isteri out-station atau kerja overtime saya akan rasa stress gila dan asyik menunggu sahaja bila lah dia nak balik.

Bukan saya tak boleh buat atau uruskan.

Saya boleh buat semuanya, dari urusan pakaian ke makan minum dan sebagainya.  Yang saya tak tahan adalah melayan kerenah budak-budak yang sedang membesar.

Saya mudah marah.

Yang si abang terjun sofa, yang si adik panjat meja, yang si baby sepahkan segala.  Tadi baby panjat meja makan dan tuang bubur semangkuk habis ke lantai.  Saya sedang di sinki baru basuh tangan nak suapkan dia makan.

Lantai habis melekit dengan segala sisa, sofa habis penuh dengan cap tangan, cap hidung dan cap kaki masing-masing.  Habis diconteng segenap ceruk dinding, sofa, meja, tv, malahan di dalam kereta pun penuh contengan.

Stress, nak marah, nak tampar pun ada.  Biasanya meninggikan suara namun tak jalan juga.  Lalu beristighfar dan menahan sabar sahaja.

Kalau dulu bila dengar sahaja kereta isteri dah sampai, maka nafas panjang boleh dihela.  Nampak sahaja dia buka pintu, anak-anak mula menerpa, maka terlepaslah segala beban di bahu.

Padahal dia pun penat juga, bekerja, tetapi tetap akan ambil-alih dari saya.

Kini, penat macamana pun, stress macam mana sekali pun saya tidak boleh menunggu pintu dibuka dan ada orang akan muncul membantu.  Tiada lagi bunyi kereta, pintu dibuka, derap kaki atau kelibat dia.

Tiada.

Kadang-kadang hanya terlintas, ehh bila lah nak balik dia ni, lama dah out-station.  Letih sangat dah rasanya.  Tetapi tersentak dan tersedar kembali yang dia tak akan balik lagi.

Tak akan balik selamanya.

Jadi, kerahlah semua tenaga dan semangat yang ada, walau sakit kepala, walau selsema melanda, walaupun penat dan jerih tak terkata.

Tanggungjawab ini harus dipikul juga.

Berjuanglah!

#diarisuperdaddy

Share

Blog  / Nostalgia  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved