• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Lawan

22/11/2019

Macamana nak bertahan dalam menguruskan keluarga sebagai seorang ibu atau bapa tunggal?

Ini soalan yang paling kerap ditanya kepada aku.

Jawapannya?

Sama sahaja seperti ibu atau bapa tunggal yang lain yang bersendirian membesarkan anak-anak.  Semuanya struggle dan tiada jalan mudah buat kami.

Kami ini adalah orang-orang yang kuat melawan.  Yer kami kena lawan apa sahaja yang datang.  Aku ambik contoh aku lah yer.

1. Lawan penat – Penat menguruskan keluarga seorang diri ni lain macam.  Bila dah penat, letih, takde orang nak mengadu, takde orang nak tolong picit, takde orang nak tolong buatkan air, takde orang nak tolong itu dan ini.  Tapi semua benda tetap kena buat jugak.

Hadaplah seorang diri.  Walaupun lelaki macam aku ni kudrat dia lebih sikit dari perempuan, tapi dengan 3 anak kecil, hmmm, aku pun menangis jugak.  Nak tak nak aku kena hadap dan lawan penat aku.

2. Lawan sakit – Bila demam, sakit itu dan ini, semua rutin tetap perlu diteruskan.  Aku basuh pinggan, gosok baju, cuci toilet dengan linangan airmata sebab tengah sakit.  Namun benda tu tetap nak kena buat.

Nak upah orang?  Hmmm, duit tu boleh buat beli susu dan pampers.  Jadi aku lawan sakit aku tu walaupun kena menangis sambil tidurkan anak.

3. Lawan stress – Pergh, kalau bab stress ni kau jangan cakaplah.  Sebab tu mak-mak cuti sekolah ni semua jadi rimau dan singa.  Menguruskan anak-anak adalah the “toughest job”.

Macam aku, kerja macam-macam, siang malam nak sara anak-anak.  Penat kerja campur dengan penat tengok rumah bersepah, penat dengan chores, penat layan anak nangis semua ni bikin stress.  Kalau tak pandai kawal maka ada yang makan penampar.  Jadi kena lawan jugak.

4. Lawan kesedihan – Yang ni punca dia macam-macam.  Tengok anak sendiri bila diorang tidur pun dah syahdu semacam.  Bila dia sebut arwah mak dia pun aku dah sedih.  Bila dia nangis merajuk dengan aku dan dia lari menangis tepi tangga dan takde siapa untuk dia peluk pun aku sedih.

Aku sendiri bila sunyi, bila sakit, bila penat langsung ingat kat arwah, sedih bertimpa-timpa.  Bila sedih ni dia tak jadi kerja, kira nak duduk menangis jer.  Jadi kena lawan.  Asal feeling sedih datang jer mulalah aku cari benda untuk buat.

5. Lawan amarah – Ini paling susah nak lawan.  Tiap kali penat, stress, sakit dan sedih bercampur maka aku mula cepat marah.  Semut berkawad masuk dapur pun aku rasa macam nak bakar dapur tu.  Anak-anak buat salah sikit pun aku rasa macam nak rotan kesemuanya.

Sepanjang setahun lebih ni aku dah belajar untuk lawan amarah, dah tahu macamana nak handle diri aku.  Duduk, tarik nafas dalam-dalam dan istighfar.  Teguk air segelas, lepas tu settle.  Terus sambung balik apa yang tengah aku buat.  Cuma sesekali aku menjerit atau bertempik umpama Tarzan kehilangan gorilanya.

6. Lawan malu – Aku dah tak boleh malu-malu kucing.  Kalau aku perlukan bantuan aku kena mintak.  Kalau aku perlu menjerit di tengah-tengah shopping mall sebab anak aku hilang maka aku jerit.  Kalau anak aku muntah kat public, maka aku tak boleh malu-malu cuci muntah anak aku kat lantai.

Kalau anak aku hempuk mangkuk kat restoran sampai pecah pun aku kena buat-buat kool jer.  Orang perati aku kena senyum.

7. Lawan cakap orang – Ini pun satu hal, ada benda yang orang cakap aku kena lawan.  Ada orang cakap aku tak boleh buat itu dan ini, aku lawan dan aku proof aku boleh.

Lepas tu nak kena tahan telinga bila orang cakap macam-macam pasal aku.  Aku rasa jadi ibu tunggal lagi ‘tough” bila bab ni.  Lagi banyak kena kata dengan orang.  Jadi kena lawan dan pekakkan telinga.

Begitulah.

Banyak lagi cabaran kami dalam menguruskan keluarga seorang diri ni.  To get through this kami kena kuat melawan.

Jadi, bagi yang baru bergelar “single parent” melawanlah.

KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy

Share

Blog  / Tips

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved