• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Lagu Khaleef

15/02/2019

“Daddy, how come you forgot this part.”

“Ehh, part yang mana pulak. Betul dah daddy nyanyi tu.”

“This one.” Lalu dia pun nyanyikan.

“Love can touch us one time
And last for a lifetime
And never let go till we’re gone
Love was when I loved you
One true time I hold to
In my life we’ll always go on”

“Ohh sorry lah.  Daddy tak hafal macam awak.  Kenapa suka sangat lagu ni eh?”

“Errr, this song is for my mommy.  I love her.”

Jeda.

Begitulah.

Dia suruh saya nyanyi dalam kereta lagu kesukaan dia.  Lepas tu bukan main tegur saya nyanyi tak betul.  Padahal tertinggal satu rangkap sahaja pun.

Dia hafal kot lagu favourite dia.

Selain berkisar tentang Titanic (dia boleh cerita pasal Titanic kat korang tau) dan dia selalu menyanyi sorang-sorang bila ingat kat mak dia.

Lagu tu juga dia kata untuk orang yang dia sayang selain mak dia.  Bila tanya siapa orang-orang yang dia sayang itu maka disenaraikanlah daddy, adik, baby, maktok, tokwan, makngah, achu, teacher dan the list goes on.

Itulah Khaleef, seorang yang sentimental, mengambil berat, sensitif dan mudah merajuk.

I love him dearly.

#diarisuperdaddy

Share

Blog  / Music  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved