Saya seperti orang lain juga. Ada masa penat, ada masa malas, ada masa berserabut. Tidaklah setiap hari saya bangun jam 2-3 pagi buat laundry, gosok baju dan sebagainya.
Hidup saya dan anak-anak agak fleksible.
Ada kalanya kami dinner jam 7.30 malam, kadangkala terbabas sampai jam 8.30. Selalunya diorang tidur jam 9 malam, ada kalanya terbabas juga sampai 10.30 malam.
Selalunya saya bangun jam 5.30 pagi, ada kalanya terbabas juga sampai jam 7 pagi. Anak-anak biasa sampai ke sekolah sekitar jam 8.30 pagi namun ada kalanya terbabas juga sampai jam 9 pagi.
Ada kalanya saya selesaikan semua hal laundry dari membasuh, mengering, melipat dan menggosok pada hujung minggu. Ada kalanya tak dapat saya buat begitu maka di tengah malam di hari bekerja baru saya selesaikannya.
Ada kalanya lantai yang melekit-lekit, penuh dengan tumpahan minuman mahupun serbuk biskut atau sisa makanan saya bersihkan, vakum dan mop terus. Ada kalanya saya biarkan sehari dua jugak, walaupun sakit hati.
Ada kalanya dapur kemas ya amat, ada kalanya saya biarkan juga seharian berselerak dengan penuh pinggan dan cawan di dalam sinki yang mengundang bau dan serangga.
Ada kalanya sampah atau sisa di dapur saya buang setiap hari namun ada kalanya juga saya terbabas sampai nampak ulat penuh di lantai dan almari.
Lampin anak-anak juga begitu. Ada kalanya saya bungkus dan buang setiap hari, ada kalanya sampai tengit bau satu bilik air bila saya terlupa atau malas nak membuangnya.
Begitulah.
Kita manusia, tidak sempurna.
Ada rutin yang wajib mengikut jadual, ada rutin yang boleh kita anjakkan demi untuk memudahkan dan tidak membuat kita jadi tertekan.
Saya sama sahaja seperti orang lain.
Tiada istimewanya.
Cuma saya memegang amanah dan tanggungjawab yang lebih sedikit maka usaha saya harus digandakan lebih dari yang lain. Jika tidak anak-anak dan diri saya sendiri akan terabai.
Begitulah.
**
Masih ada yang berminat nak buat laki ke?







Leave A Reply