Aduhhhh, sudah wehh, ramai pulak yang pm.
Yang tak aktif, mohon terus kekal jadi follower.
Kenapa?
Sebab anda tiada post, tidak aktif jadi anda tidak muncul di timeline saya. Saya tidak akan kenal siapa anda. Jadi no point adding as a friend. Tak add friend bukan bermakna kita tak kawan, tetapi anda sendiri yang tidak ingin hidup anda diketahui atau dikenali. Gambar profile pun kucing dan pohon mempelam sahaja.
Kekallah sebagai follower yer.
Yang aktif, post sekurang-kurangnya ada setiap minggu maka saya akan approved.
Kenapa?
Yelah, dapat juga saya tahu cerita orang-orang di dalam friendlist saya. Selalu nampak cerita dia maka saya akan kenal siapa dia. Baru ngam buat kawan.
Kawan ni perlu hubungan 2 hala, barulah saling tahu dan kenal-mengenal.
Jadi faham eh kenapa saya tak approved.
Bukan sombong tetapi tidak ada apa-apa beza di antara jadi kawan atau follower jika anda tidak aktif. Semua post saya adalah public, jadi semua anda dapat tengok sama seperti friend juga.
Sekian, harap maklum.







Leave A Reply