• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Crowd Funding

08/01/2019

Saya nak minta jasa baik tuan untuk mewar-warkan berita tentang kejadian Encik Sahrom di UK.  Sama seperti ayah Tuan Fadhli Sahar 2 tahun lepas.  Terkandas akibat terkena stroke ketika menghadiri konvokesyen anak perempuannya Amalina.

Yang bezanya mereka mempunyai premium cover oleh AXA Travel Insurance.  Cuma masalah datang apabila syarikat insuran menolak permintaan mereka.  Katanya stroke adalah penyakit bukan kemalangan jadi pihak AXA ingin melakukan siasatan terlebih dahulu.

Lebih mengeruhkan bil hospital yang semakin meningkat kerana mereka sudah 3 minggu di ICU Hospital Charing Cross, London.  Pihak AXA masih berkeras untuk tidak mengeluarkan apa-apa surat seperti surat jaminan (GL) kepada pihak keluarga.

Jadi pihak keluarga mewujudkan crowd funding untuk menampung kos hospital Encik Sahrom serta untuk membawa pulang beliau ke Malaysia.  Mereka akan tuntut balik(claim) pada AXA insuran kemudian hari.

Jika berjaya, anak Encik Sahrom, Amalina akan sumbangkan kembali semua wang derma kepada badan kebajikan.

Boleh klik link di bahagian komen untuk membaca kisah sepenuhnya dan juga membuat sumbangan.

Hari ini kita tolong orang dan esok-esok orang tolong kita pula, InshaAllah.

Terima kasih semuanya.

Share

Blog  / Peoples  / Volunteers

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved