Pada tulisan saya yang terdahulu (baca di sini) saya ada menyebut tentang “starlight” dan berjanji akan menceritakan tentangnya pada artikel lain.
Hari ini saya meluangkan sedikit masa untuk menulis tentang “starlight”. Apa itu “Starlight”?
Kalau diterjemah secara terus ianya bermaksud “cahaya bintang”. Tetapi kalau itu maksudnya, saya tidak mempunyai apa2 untuk diceritakan di sini kerana saya tidak tahu tentang ilmu astrologi.
Bagi yang pernah tinggal di asrama sewaktu zaman persekolahan, apatah lagi sekitar tahun 80an sehingga 90an, “starlight” adalah terma yang popular. Ini kerana “starlight” adalah suatu perkara yang tidak diingini berlaku kepada anda.
“Starlight” adalah suatu perbuatan di dalam sifat mendera yang sering dilakukan ketika berlakunya aktiviti “raging” atau buli ataupun denda terhadap sesuatu kesalahan kecil. Ianya suatu perbuatan seperti jentik tetapi lebih kuat dan memberi kesan yang agak serius iaitu sakit dan pening-pening lalat.
Perbuatan ini seringkali dilakukan di bahagian dahi dan belakang kerana bahagian itu yang paling sakit apabila di “starlight”. (Sila rujuk gambar)
![]() |
| Starlight dan kesannya terhadap anda. |
AMARAN : Jangan praktikkan kepada individu lain. Artikel ini hanya untuk rujukan semata-mata.
Setiap kali mendengar perkataan “starlight” saya akan terus mengimbau kembali zaman persekolahan ketika tinggal di asrama selama 5 tahun. Hampir kesemua pelajar pernah merasai kesan “starlight” samada di dahi ataupun belakang badan.
Saya masih teringat satu peristiwa di mana saya dan teman sebilik dibariskan seramai 8-10 orang lalu para senior bergilir-gilir men”starlight” kami seorang sekali di dahi. Mereka agak ramai, mungkin lebih 10 orang seingat saya. Dan kami pun ramai-ramai pening lalat.
Seperti biasa, selepas saya menjadi senior, pengalaman men”starlight” junior turut tidak dilepaskan.
Kadang-kadang apabila geram, ayat “starlight” turut saya gunakan. “Ish..aku “starlight” kang baru tau”.
Saya tidak pasti samada perbuatan ini masih dipraktikkan hari ini di mana-mana sekolah atau institusi berasrama lain pada hari ini. Kalau ada, sila hentikan kerana risiko anda untuk digantung atau dibuang sekolah amat tinggi. Tidak seperti di zaman saya dahulu di mana aktiviti ini adalah perkara biasa. Ianya sebahagian daripada pengalaman tinggal di asrama yang perlu anda lalui.
Pengalaman di”starlight” dan ribuan pengalaman lain tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Pernahkah anda kena “starlight”. ENTAHLAH..I Dont Know.
Kalau pernah, sila kongsikan dengan saya di ruangan komen dan klik Facebook Like untuk berkongsi dengan rakan anda. ——–>>








9 Comments
hehehe.. bukan setakat pening lalat.. sakit pon yer jgak..
Mabk,
Yer…memang sakit..menitis air mata oooo..:)
salam,
haha.. along saya (dia lahir tahun 75, budak asrama gak) suka starlight kami masa kecik2. pantang buat salah mesti kena starlight (x suka!). kadang2 sakit, kadang2 tak. bergantung tahap kemarahan dia pd kami (agaknya).
masa sekolah rendah darjah 5 dan 6 (tahun 93-94) ada sorang cikgu lelaki suka starlight bdk2 lelaki yang nakal. selain starlight cikgu tu juga suka 'skru' iaitu cubitan halus pada isi bahagian bawah lengan berhampiran ketiak. kalau pelajar perempuan nakal sekadar kena rotan bulu ayam je. denda starlight dan 'skru' hanya utk pelajar lelaki.
hehe.. mengimbau kenangan sungguh entry ni!
Mak Izz,
Saya seangkatan dengan along awak. Tahap kesakitan starlight adalah bergantung kepada tahap kemarahan pen"starlight" itu. Saya setuju.
Salam,
Beberapa komen yang diberikan oleh pembaca telah hilang sewaktu Blogspot diselenggara semalam. Harap maaf
Salam
ini masa sekolah agama selalu gak main
haha
skrg baru ler tau cemana nk buat starlight 🙂 selama ni dgr je org ckp "starlight br tau".. la ni br faham.
Faerie_Princes,
Saya selalu gunakan ayat tu "ish..starlight kang baru tau"
lol..teringat zmn skolah!