The Finest Titles of 2018, begitulah kata MPH.

Buku saya Mentaliti Masih Jamban adalah salah sebuah judul buku terbaik untuk tahun 2018. Walaupun belum tentu menang namun untuk tercalon sahaja ianya sudah menang bagi seorang penulis kecil seperti saya.

Buku pertama Mentaliti Jamban juga pernah tercalon untuk Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2017 dan bersaing dengan buku pertama I’m A Backpacker: Europe. Jarang sangat katanya 2 buku dari seorang penulis dicalonkan serentak.
Buku I’m A Backpacker: Europe juga pernah tercalon untuk anugerah MPH ini pada tahun 2016. Lebih membanggakan buku ini tercalon sebanyak 2 kali untuk 2 anugerah berbeza dan menang tempat ketiga untuk anugerah Popular-Berita Harian.
Jadi, ada 3 buku saya tercalon sebanyak 4 kali untuk anugerah sebegini.
Dengan 5 buah buku yang telah diterbitkan dan 3 daripadanya pernah tercalon untuk penganugerahan dan 1 daripadanya pernah memenanginya adalah kejayaan yang cukup besar buat saya.

Semoga diberi ilham dan kekuatan untuk saya terus menulis lagi.
Terima kasih kalian semua yang sentiasa menyokong penulisan saya samada melalui buku ataupun di dinding Facebook ini.
Terima kasih sekali lagi.
KHAIRUL ABDULLAH
Penulis Kecil.







Leave A Reply