• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Home Sweet Home

31/12/2018

“Daddy, today is the day.  It’s already night time, no more sun and it’s not hot anymore.  Can we go home now, please?”

“Why now?  Can we go home tomorrow?”

“But last time you said tomorrow already.  It is today lah.  I miss home, I want to go home.”

Dari pagi asyik ajak balik.  Puas dipujuk, nak jugak balik.  Dah bawa naik motor ronda keliling kampung.  Tengok ayam tengok lembu, tengok sungai nak bagi diorang suka.

Memang suka, tetapi tetap nak balik juga.

Itulah Khaleef.

Alasan dia paling kukuh kenapa nak balik segera adalah kerana ada lukisan dia nak tunjukkan yang dia masukkan dalam beg sekolah tetapi saya tak bawa balik ke kampung beg tersebut.

Dua hari juga asyik marah saya kenapa tak bawa balik beg sekolah dia.  Penting katanya, lain kali jangan tinggal.

Yelah, yelah.

Terus daddy berkemas.  Mak dan abah terkejut, ingatkan kami nak tinggal semalam dua lagi sehingga tahun baru.  Rancang saya begitulah, tetapi ada budak tak boleh tunggu lagi dah.

Usai Maghrib kami bertolak.

Macam biasa, baby tidur dulu selepas sebotol susu.  Kemudian diikuti oleh si adik sekitar 30 minit kemudian dan si abang sejam kemudian.

Sunyi terus.

Nak buka radio takut nanti pakat terjaga pulak.  Jadi layan sunyi saja lah.  Mujur highway lengang, takdelah stress sangat.

5 jam dan 425 km kemudian, kami selamat sampai.

Home sweet home.

Pagi ni bila bangun sahaja dah mula bertanya.

“Where is Maktok daddy? I miss her.”

Pulak.

#diariseorangsuperdaddy

Share

Blog  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved