• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Begitulah Khaleef

21/11/2018

Lukisannya terperinci.

Dia boleh ingat perincian bangunan atau monumen-monumen terkenal.  Dia boleh ingat perincian kapal angkasa, kapal terbang, kapal laut, keretapi dan sebagainya.

Walaupun tidaklah cantik atau kemas namun detailnya ada.

Sudah lama dia tak melukis.

Sejak ibunya tiada dia jarang pegang pen dan kertas.  Dia lebih suka bermain Lego atau menonton Youtube atau bermain permainan Minecraft.

Bila ambil report card dan tengok keputusannya hari tu, saya rasa saya kena buat sesuatu.

Terus saya bergegas pergi beli drawing board.

“Wow daddy, that is so cool.  Can I start draw now?”

“Yeah, sure.”

Lalu dia pun melukislah dengan girangnya.

Kelegaan yang besar buat saya bila melihat dia begitu.

Begitulah Khaleef.

Bagi saya dia ni gifted, walaupun kadangkala saya rasa dia macam ada simptom mild autism.  Berdasarkan ujian-ujian yang saya buat, simptom tu ada, cuma saya tidak yakin.  Saya akan bawa dia berjumpa pakar untuk mengesahkannya.

Tapi yang saya yakin, dia bijak.

Dia pernah terangkan dan tunjukkan pada saya benda-benda atau perkara yang saya yakin tidak pernah diajar pada dia samada oleh saya atau di sekolah.

“Daddy, that is Northern Lights.”

“Daddy, that is Golden Gate Bridge.”

“Is that Statue of Liberty, daddy?”

“Daddy, that is the rocket that help space shuttle got into the space.”

Oh my.

Kat mana awak belajar semua benda ni nak?

Saya yakin semestinya dari buku, tv dan Youtube.  Orang buka tengok kartun tetapi dia tengok monumen dunia, tengok pelancaran roket ke angkasa, tengok kapal terbang take off dan touch down dan benda-benda lain yang bukan kartun.

“Daddy, that is Titanic, the one who broken into two and sink.”

“Daddy, Titanic have 4 chimney ok, not 3.  You draw it wrong.”

Lalu dia mengambil pen dan membetulkan lukisan saya.  Siap ada tiang layar di bahagian depan dan belakang yang saya rasa pelik tetapi setelah disemak rupanya memang ada begitu.

Saya dulu umur 4 tahun cuma reti lari keliling kampung main hujan, ABC pun belum kenal lagi, sedangkan dia dah boleh eja dan tulis nama sendiri dan mengira sehingga beratus.

Begitulah.

Namun, dia seorang yang sangat sensitif.

Takut kepada cahaya terang, takut kepada bunyi yang kuat dan bising.  Dia akan tutup telinga dan lari.

Dia juga lebih banyak dalam dunia dia.  Fokus kepada sesuatu dan tak akan peduli walau dipanggil puluhan kali akibat asyik dengan benda yang dia sedang buat.

Dia juga pernah hilang dua kali.  Dia jenis menonong jer pergi.  Kalau dipesan, abang duduk sini.  Maka sekejap sahaja dia bangun dan hilang.

Sangat risau nak bawa dia keluar sekarang ni, sementelah hanya tinggal seorang diri nak kawal anak-anak.  Duduk di rumah lebih selamat.

Sekarang dia dah mula meluah dengan saya tentang perasaannya dan tentang kerinduan dia pada arwah ibunya.

Sebelum ini dia hanya luah pada wanita terutamanya yang ada sosok ibu maka dia akan peluk dan ceritakan yang ibunya telah tiada.  Dia akan cium dan katakan yang dia rindu ibunya.

Akhir-akhir ini dia kerap suruh saya beli “new mommy”.

Aduhh.

Moga-moga dapatlah saya cari di pasaraya nanti.

#diariseorangsuperdaddy

Share

Blog  / Health  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved