• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Download

15/11/2018

Kat Jerman, tak ada orang berani download movie apatah lagi nak share link movie ni pada orang ramai.  Nak download lagu pun tak berani weh.

Depa boleh check melalui ip address siapa yang download apa.  Depa boleh korek detail kita dari ISP (Internet Service Provider – macam Unifi/Maxis) di sana seperti Telekom, Vodafone dan sebagainya.

Jadi lepas kau download sahaja terutamanya orang yang selalu download guna torrent ni maka tunggulah surat saman akan sampai.

Bukan sahaja movie atau lagu, apa sahaja benda yang ada hakcipta (copyright material) seperti buku atau game pun kau boleh disaman.

Saman adalah diantara €800 – €1,000 untuk setiap bahan yang anda download.

Fuhhh.

Undang-undang Jerman menetapkan yang sebarang aktiviti P2P seperti torrent adalah haram.  Yang tak haram adalah servis streaming seperti Netflix, Amazon Prime, Spotify, Youtube dan sebagainya.

Di Youtube pun, kalau kita nak dengar lagu-lagu Melayu yang orang dok upload (langgar hakcipta sebab bukan hak dia) pun tak dapat nak tengok kat Jerman.  Depa blocked.

Sedih kot tak boleh layan banyak lagu raya.

Berbalik kepada isu download tadi, kalau setakat download tengok sorang-sorang diam-diam risiko tak besar sangat.  Tapi bila kau download melalui torrent (secara tak langsung kau share sekali) maka risiko besar.

Apatah lagi kau dah download lepas tu kau upload dan share pada public dan kau proud pulak tu.  Memang nahas lah.

Memang cari nahas.

Lagi satu, di Jerman ni bila kena saman bukan kau sahaja.  Pemilik internet pun kena.  Contohnya kau pergi rumah kawan dan download movie atau lagu guna wifi rumah dia, bila kau kena saman dengan dia sekali pun kena.  Bersubahat beb.

Di sini kau bebas.

Undang-undang ada kau lawan.

Tuan punya konten suruh turunkan link, jangan share, kau cabar balik, kau dabik dada, kau cakap besar.

Bila dah kena RM100k, telur naik ke halkum.
.

#superdaddylovenetflix

Share

Blog  / Lifestyle  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved