• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Multi Language

02/11/2018

“Cikgu, Khaleel cakap Melayu ke kat sekolah?”

“Dia cakap English dengan kami.”

Hmmmm ok.

Hairan juga saya bila dengar Khaleel dan abangnya Khaleef cakap Melayu bukan main fasih dengan nenek dia.  Mana diaorang belajar saya pun tak tahu.

Mungkin dengan kawan-kawan, kata cikgu.

Anak-anak taknak cakap Melayu dengan saya.  Setiap kali saya cakap Melayu atau loghat Kedah pun depa bantai jawab dalam English jugak.

Saya ni dah bercampur-campur bahasa, sekejap English, sekejap Melayu.  Tapi bila marah habis terkeluaq loghat utara saya lah.

Budak-budak ni bila cakap dengan nenek dia bukan main lagi guna ayat skema.

“Maktok, saya hendak makan nasi dengan ayam dan kicap .  Boleh maktok ambilkan?”

“Maktok tepi sikit, saya nak lalu.”

Nampak?

Dulu saya risau, takut diorang terpinggir sebab tak reti cakap Melayu.  Mujur selepas dihantar ke tadika terus balik rumah dah mula sebut perkataan Melayu.

Lega rasanya.

Saya bukanlah nak sangat anak-anak ni cakap English, tetapi media yang mereka tonton lebih banyak dalam bahasa tersebut.  Jadi diorang cepat tangkap.

Dulu jenuh juga bergaduh dengan diorang.  Saya kata itu awan, dia kata no, its cloud. Dah terang dah kenapa dipanggil awan atau cloud.  Dia tak puas hati.  Sampai menangislah sebab mempertahankan cloud dia tu.

Dia belum faham konsep dwi-bahasa.

Pada usia 2 tahun lebih, ketika baru jelas butir percakapannya, Khaleef bacakan saya ABC habis sampai Z.  Saya ingat dia hafal urutannya rupanya tidak.  Dia memang kenal setiap huruf.

Saya tak pernah ajar pun.

Tak terdetik ketika itu untuk ajar anak sekecil 2 tahun lebih untuk membaca dan mengenal ABC.  Begitu juga dengan nombor.  Dia boleh baca sampai 100.

Khaleel pun macam tu.  Dah kenal ABC ketika umur 2 tahun lebih.  Di umur 3 tahun sekarang ni dia dah fasih bercakap dua bahasa.

Khaleef pula hampir-hampir boleh 3 bahasa.

Dulu ada juga dia menyebut perkataan seperti “ja”, “nein”, “eins, zwei, drei”, “blau, rot, grün” ich will das” atau “ich weiss nicht”.  Sekarang mungkin dia dah lupa terus gamaknya.

Daddy pun dah tak praktis cakap Deutsch dengan dia.

Moga-moga diorang boleh ler cakap Mandarin, Tamil, French, Deutsch dan juga Arab satu hari nanti.

Tak dilupakan juga loghat ibunda depa, Kedah.

Aminn.

#diariseorangsuperdaddy

Share

Blog  / Knowledge  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved