Nak 5 orang sahaja, yang memohon lebih dari 70 orang. Peninglah saya macam ni.
Beginilah.
Saya akan saring semua permohonan mengikut tahap kebolehan masing-masing.
Ada yang dah terbitkan buku, ada yang tulis dah sedap tetapi takde umph, ada yang baru berjinak-jinak dan tulis penuh dengan singkatan dan ada yang tak pernah menulis langsung.
Untuk tidak menghampakan, saya akan buat beberapa kelas nanti dan saya masih tekankan yang saya akan buat sessi coaching one to one dan face to face.
Namun ada antara kalian yang saya akan buat sessi dalam kumpulan kecil antara 3 hingga 5 orang. Saya nak beri tumpuan pada setiap orang.
Jadi pada semua yang memohon, berikan saya sedikit masa untuk buat penilaian dan saya akan pm semuanya dan maklumkan bagaimana seterusnya.
Boleh kan?







Leave A Reply