Sakit gila budak kecik ni gigit.
Saya dah beberapa kali hampir terlepas dia ketika sedang dukung, sebab kena gigit punya pasal. Target dia di kawasan bahu. Tanpa amaran terus ngap sahaja. Sedap gamaknya kawasan tu.
Ada beberapa kali juga dia gigit kawasan betis dan peha. Sakit bukan main. Terkejut akibat sakit ni dia punya geram dan marah tu lain macam sikit.
Kalau jari ni dah tak terhitung dah, asal kita pegang tangan sahaja mesti dia tarik masuk mulut dan gigit.
Abang-abang dia dulu tak pulak macam ni, dan dia tak pulak gigit abang-abang dia.
Pelik juga.
Patut dibiarkan atau ada cara untuk hentikan?
p/s: Jangan suruh saya cari teether, dah berlambak dok ada, dia tak hingin. Nak gigit orang jugak.







Leave A Reply