Tadi sedang mencari barang, terbuka satu kotak dan terlihat jaket hijau Khaleef yang dipakai seperti di dalam gambar berlipat kemas di dalam plastik.
Gambar tersebut diambil ketika kami sedang sibuk mencari tiket pulang apabila penerbangan asal kami dan banyak penerbangan lain dibatalkan akibat ribut salji yang melanda Eropah.
Budak baru nak up, eh baru cekap merangkak mana mahu duduk di dalam stroller sahaja. Jadi lepaskan sahaja namun dengan pengawasan ketat.
Lagipun dah berjam di airport, baik juga bagi dia bergerak bebas supaya dia tak meragam.
Berkat usaha, kami dapat penerbangan balik dari Rome ke Frankfurt beberapa jam kemudian.
Ketibaan kami disambut oleh ribut salji juga.
Sampai rumah tengok salji dah paras betis. Seronok juga golek-golek dalam salji depan rumah.
Tapi kan.
Kan.
Sebenarnya bukan nak cerita pasal jaket atau salji tetapi nak cerita bagaimana arwah isteri saya menyimpan pakaian.
Semua pakaian yang jarang dipakai akan dimasukkan ke dalam plastik lutsinar atau ziplock bag, dilipat kemas dan dimasukkan sekali silica gel.
Mana dia dapat plastik dan silica gel tu saya pun tak tahu.
Bila buka plastik rasa macam baju baru baqhang 😁
.







Leave A Reply