• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Ujian

14/09/2018

Ketika tular kisah seorang suami yang terpaksa membesarkan 3 anak OKU apabila kematian isteri akibat kanser, ramai juga yang pm saya.

Pesan mereka, bila kita ingat yang kita ini susah namun ada orang lain yang jauh lebih susah.  Katanya ujian yang saya hadapi ini sangat kecil sahaja berbanding lelaki itu.

Betullah.

Saya sendiri tidak pernah menyatakan yang ujian yang saya hadapi ini maha berat, maha hebat dari orang lain.

Tidak sekali.

Saya tahu yang ramai orang lain yang ujiannya lebih dasyat dari saya.  Saya ada sepupu yang kematian suami dan perlu membesarkan 10 anak seorang diri.

Jauh lagi hebat ujiannya.

Ramai yang berkongsi cerita dengan saya pun diuji jauh lebih hebat dan dahsyat.  Setiap kita diberikan ujian yang berbeza mengikut tahap kemampuan.

Begitulah.

Saya sudah redha dengan ujian yang diterima.

Saya hanya meluah dan berkongsi rasa.

Saya hanya memberi contoh jika ada baiknya.

Saya cuba berpesan-pesan moga ada manfaatnya.

Bukan untuk meriak diri.

Jauh sekali meminta belas simpati.

.
Titik.

.
#diariseorangsuperdaddy

Share

Blog  / Experience  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved