Bila sedar yang cuti panjang sehingga 4 hari. Teringin juga rasanya nak balik kampung.
Namun bila terbayang kemungkinan yang bakal dihadapi maka saya buat keputusan untuk duduk di rumah sahaja.
“Alah, kau sumbat semua, start kereta, jalan dan tawakkal sahaja bro” kata kawan.
Memang benar, boleh sahaja kemaskan pakaian, hidupkan enjin kereta, masukkan semua anak-anak ke dalam carseat masing-masing dan pandu sahaja.
Tetapi perjalanan yang biasanya 5 jam bakal mengambil masa lebih dari 7 jam di dalam keadaan cuti umum begini. Berbagai kemungkinan boleh berlaku yang membantutkan niat saya untuk pulang.
Pertama sekali tentulah perihal anak-anak.
Kalau bertolak balik sebelah malam, pastinya semua mereka akan tidur. Legalah tak ada gangguan. Namun jika ada kesesakan dan kenderaan bergerak perlahan atau berhenti-henti, mereka mudah terjaga.
Ini yang susah. Si adik kalau terjaga maka akan diminta peluk atau didodoikan. Selagi tak maka meraunglah dia. Dulu ada arwah isteri maka kenalah kami berhenti dan dodoikan dia sehingga tidur kembali dan teruskan perjalanan.
Sama juga dengan baby. Kereta bergerak laju, dia tidur nyenyak. Kereta berhenti dia pun akan terjaga dan meraung juga.
Hanya si abang yang boleh dibawa berbincang.
Itu pun ikut mood dia. Kalau ok, maka boleh dipujuk tidur kembali. Kalau tak ok harus juga berhenti, keluarkan dari carseat dan dodoikan juga.
Tiga senario ini sudah cukup menakutkan saya.
Apatah lagi bila terpaksa berhenti untuk ke tandas. Aduhh, macamana nak tinggal anak dalam kereta. Takkan nak biarkan. Boleh sahaja matikan enjin, kunci pintu dan berlari ke tandas.
Tapi biasanya bila kereta berhenti diorang akan terjaga.
Tak nampak muka daddy dia maka pasti semuanya meraung.
Aduhh, takkan nak tahan tak ke tandas. Jenuh lah.
Itu baru senario sehala. Kalau esok waktu nak balik semula, akan hadap benda yang sama juga. Cabarannya mungkin lebih lagi sebab jem pasti lebih teruk lagi.
Ahhh, tak sanggup.
Maka, pakat-pakat duduk di rumah sahajalah.
Nanti bila diorang dah biasa dengan rutin baharu naik kereta long distance tanpa ibunya maka baru boleh cuba balik kampung.
Kalau terpaksa balik jugak nanti, kita terbang sahaja.
Lagi mudah.







Leave A Reply