• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Bahana

07/09/2018

Puas juga saya sentuh kad Touch n Go tetapi tak berbunyi “tit tit” pun.  Cuba lagi dan lagi.

Kereta dah mula bersusun di belakang.

Aduhh.

Tengok balik, laaaa, yang aku sentuh kad akses rumah tu dah kenapa?

Adoi la.

Bila banyak sangat benda berlaku di dalam kereta, melayan anak-anak punya soalan, melayan baby punya tangisan maka konsentrasi hilang.

Acapkali juga saya masuk lorong Smart Tag, tapi hanya berbekalkan kad Touch n Go sahaja, lalu tersangkut.

Mujurlah sekarang bila dikesan takde Smart Tag kita boleh sentuh kad di reader. Lepas jugak lah.

Itu bahana bila sering bertukar kereta.

Kereta arwah isteri memang tiada Smart Tag.  Dia tak mahu.  Katanya nanti bila sangkut kat lorong tu, tak detect lah, apa lah dia akan gelabah.  Dia akan panik bila kereta mula bersusun di belakang.

Jadi dia lebih selesa guna kad sahaja.

Saya pula dah biasa guna Smart Tag, bila lalu tol automatik masuk lorong tu sebab dah terbiasa.

Kalau tersedar awal maka sempat tukar lorong.  Kalau ralit, maka kereta yang dibelakang mohon bertabahlah.

Tapi yang paling tak best bila tukar kereta ni adalah bagi “wiper” bila nak masuk simpang.

Rasa macam budak-budak baru dapat lesen jer.

.
#diariseorangsuperdaddy

Share

Blog  / Experience  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved