• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Cemburu

05/09/2018

Saya sudah pandai cemburu.

Sudah lama saya tidak cemburu.  Seketika, hidup saya lengkap.  Semuanya ada, walaupun tidak mewah, walaupun ada ketikanya susah tetapi semuanya ada.

Saya tidak perlu cemburu pun.

Saya bahagia.

Namun sekarang bila melihat sebuah keluarga yang lengkap, saya mudah “terasa” bila melihat mereka.  Mula terkenang dan terbayang wajah anak-anak, mudah terasa sedih.

Sebenarnya cemburu.

Seronok melihat suami mengusik isteri, anak-anak dipeluk cium si ibu dengan senyum dan gelak tawa.  Bahagianya mereka.  Sesungguhnya bahagia jua saya yang melihatnya.

Namun,

Jauh di sudut hati, saya cemburu.

Ahh, saya juga pernah merasa bahagia begitu.  Cuma kini saya diuji seketika.  Saya terima hakikatnya dan saya cukup sabar, tabah dan redha menghadapinya.

Saya juga tidak luluh, tidak kecewa dan tidak juga meratap pilu atau menangis semahunya.  Tidak.

Saya baik-baik sahaja.

Cuma cemburu.
.

#diariseorangsuperdaddy

Share

Blog  / Nostalgia  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved