• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

SuperDaddy’s Diary

20/08/2018

Sudah hampir 3 minggu isteri pergi meninggalkan saya dan anak-anak.  Alhamdulillah, saya semakin cekap di dalam melakukan tugas di rumah.  Dah pandai buat laundry tau.

Cuma hal lipat-melipat ni belum nampak jalan.  Mujur adik saya datang setiap hujung minggu membantu melipat dan menyusun pakaian.

Rutin hari bekerja agak kelam kabut.  Setiap pagi saya mesti berpeluh seolah-olah berlari marathon.

Kena bangun awal sebelum baby bangun.  Usai subuh terus siapkan beg dan perkakasan sekolah mereka bertiga.  Belari naik turun tangga dari bilik ke dapur dan dapur ke bilik.

Kemudian baby akan bangun, susukan dulu atau mandikan dulu, ikut keperluan.  Kemudian biarkan dia berlegar merangkak menjelajah bilik dan mengejutkan abang-abangnya.

Kemudian kejutkan si adik untuk mandi dan siapkan dia.  Selepas itu barulah abang, akhir sekali kerana dia paling liat nak bangun.

Kemudian ketiga-tiganya nak berdukung ke bawah.  Semua malas nak turun tangga.  Maka dengan skill seorang ahli sarkis maka semuanya dapat turun ke bawah serentak.

Masukkan barang dalam kereta paling mudah, namun nak masukkan ketiga-tiga beradik tu mak aiii, macam-macam kerenah.

Ada yang taknak selipar, nak kasut.  Ada yang taknak duduk carseat, ada yang duduk tapi taknak pakai seatbelt.  Si abang suruh buang carseat nak duduk seat biasa dan pakai seatbelt macam “grown-ups”.  I’m a big boy, katanya.

Dah selesai, si abang dan adik di belakang dan baby di depan maka bergegaslah ke tadika.  Perjalanannya juga agak mencabar, 30 minit dari rumah ke sekolah.

Kena ingat lagu, kena pandai jawab soalan, kena pandai jawab teka teki, kena acah-acah baby kat sebelah kalau tak dia mengamuk.

Sampai di sekolah.  Fuhh lega ya amat.

Barulah dapat cari mamak atau gerai untuk bersarapan.  Seterusnya ke pejabat dan rutin bekerja seperti biasa.

Jam 5.30 petang maka bergegas semula ke sekolah.  Inilah waktu paling seronok.  Sampai sahaja maka anak-anak akan menjerit daddy, daddy, daddy.

Bahagianya Ya Allah.

Kemudian berperang lagi nak masuk kereta.  Lepas tu siap tanya belikan apa untuk mereka.  Kena ada walau sekeping coklat atau apa sahaja.

Kemudian berceritalah tentang harinya di sekolah.  Seronok.

Sampai di rumah biasanya sekitar Maghrib, maka misi lain bermula.

Ada yang nak mandi, ada yang nak berak, ada yang nak susu.  Bergaduh nak bagi makan ikan, bergaduh berebut toys, bergaduh berebut channel tv.  Si baby pula senyap-senyap merangkak masuk ke bawah meja makan.  Apa yang dicarinya pun tak tahulah.

Korang bergaduhlah dulu, daddy solat sekejap.

Panaskan makanan.  Hidangkan untuk si abang dan adik. Sila makan sendiri dan dengan amaran, jangan main-main baling makanan.  Selang 5 minit sambil menyuapkan si baby, maka nampaklah abang sedang menuang sup di atas kepala adik dan adik pula tuang sup ke dalam gelas si abang.

Begitulah.

Selesai makan, benarkan mereka bersama iPad sekejap.  Jam 8.30 atau sebelum jam 9 malam, semuanya dikerah ke bilik untuk tidur.  Berperang juga nak tidur.  Kena tidurkan baby dahulu.  Baby dah tidur barulah dapat buat sessi bedtime stories dengan si abang dan adik.

Macam-macam cerita dia minta dan mujur daddy ni kreatif orangnya.  Segala cerita fiksyen berkisahkan singa, harimau, katak, baby shark, helikopter, basikal serta dinasour bergabung.

Usai jam 9.30 atau paling lambat jam 10.00 maka tidurlah semuanya.  Barulah daddy dapat makan dan berehat sekejap.

Kemudian masak untuk esok kalau perlu dan kemas rumah sikit.  Lepas tu baru boleh buka laptop.  Tulis sesuatu di FB, balas komen setakat mampu dan cuba semampunya untuk sambung menulis manuskrip untuk buku-buku saya yang akan datang.

Sebelum jam 12 malam saya cuba tidur.

Jam 2 pagi dan 4 pagi pasti bangun lagi apabila baby merengek hendakkan susu.  Jam 6 pagi bangun untuk mulakan kitaran hari yang baru.

Begitulah.

Memang tidak perfect, memang tidak lengkap namun rutin perlu diteruskan.

Penat?

Usah cakap lah.

Bahagia?

Sememangnya, bila anak-anak membesar di depan mata.

.

#diariseorangsuperdaddy

Share

Blog  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved