• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Hilang Kata-Kata

17/08/2018

Semalam ketika sudah tidurkan baby, saya baring di katil bersama abang dan adik.

Seperti biasa, mereka akan minta saya bercerita.  Adik suka cerita haiwan, maka dimintanya saya berceritalah tentang singa yang suka makan ketam.

Mana dia dapat idea yang singa suka makan ketam saya pun tak tahu.  Siap bagitau yang ketam sepit perut singa sebab singa tak kunyah dulu ketam tu bila makan.

Usai habis cerita maka saya cuba bersembang dengan si abang.  Selepas beberapa intro saya pun bertanya soalan yang serius.

“Khaleef, tadi teacher mesej daddy katanya Khaleef macam tak happy kat school, tak nak makan dan tak nak minum susu.  Are you ok?

Khaleef ada apa-apa nak bagitau daddy?”

Dia cuma sengih dan jemarinya bermain-main di lengan saya dan seterusnya merenung jauh.

“Khaleef bagitau lah daddy kenapa, makan tak sedap ke?  Minum tak best ke?  Susu pun Khaleef tak nak minum.”

Dia masih lagi menjawab dengan sengihan seolah-olah tiada yang serius pun untuk dia jawab.

“Khaleef rindu mommy ke?” pancing saya.

Terus mukanya berubah dan memeluk lengan saya sekuatnya.  Tiada tangisan, tiada esakan.  Yang ada cumalah sepasang mata yang berkaca merenung kosong.

Lengan saya terus digenggam erat tanpa dilepaskan.

Saya hilang kata-kata.

Tidak sanggup saya untuk terus bertanya.

Hanya pelukan dan ciuman penuh kasih sayang saya berikan bagi meredakan rindu si anak pada ibunya.

.

Share

Blog  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved