Wahai kaum ibu sekalian, mohon kongsikan dengan saya menu dan resepi yang mudah, cepat serta pantas untuk anak-anak kecil saya.
Bosan juga diorang asyik nasi, ayam goreng, ikan goreng, telur, kicap serta spaghetti/pasta, noodle soup dan beberapa lagi menunya.
Dulu arwah ibunya ada juga buat baked macaroni lah, baked itulah, roast itulah, namun semua tu memerlukan masa. Waktu tu saya ada untuk menjaga anak-anak ketika ibunya memasak.
Kini, that time luxury dah tak ada. Saya hanya ada masa yang singkat di sebelah malam untuk memasak, simpan dan panaskan untuk malam esoknya.
It is very hard and tough to accomodate 2 little kids and a baby punya appetite. Kejap nak itu kejap nak ini. Kadang-kadang tak nak makan langsung.
So, let me choose for them. Eat it or leave it. Boleh ke macam tu?
Jadi kalau ada ibu-ibu yang boleh bagi saya quick tips atau apa sahaja ilmu yang boleh memudahkan kerja saya menguruskan anak-anak dan diri saya sendiri maka amatlah saya hargai.
Kerjasama ibu-ibu dan bapak-bapak (kalau ada yang terrer) sekalian amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Yang benar,
KHAIRUL ABDULLAH
Wahh, dah macam surat rasmi.







Leave A Reply