Perlaksanaan undang-undang tidak patut dilonggarkan begini atau tidak perlu diumum untuk diberi kelonggaran sebegini. Tidak patut ada “double standard” yang membuka ruang untuk perdebatan, ruang untuk melepaskan diri dan ruang untuk berkompromi.
Bila diberi kelonggaran, kebanyakannya akan menggunakan kelebihan “kelonggaran” ini untuk tidak berusaha mematuhinya atau memenuhinya.
Isu ini melibatkan nyawa anak-anak kecil.
Betapa tingginya kadar kematian di atas jalanraya yang melibatkan kanak-kanak yang tidak berdosa ini. Sepanjang tempoh 10 tahun lepas hampir 1600 kanak-kanak mati di atas jalanraya yang mana akibat tiada perlindungan diberikan kepada mereka.
Keluarga besar atau kecil merupakan manusia yang “fragile”. Anak-anak dari keluarga kecil atau besar pun uratnya bukan dawai dan tulangnya bukan besi. Mereka manusia paling lemah dari segi fizikal dan tidak berupaya untuk berfikir dan buat keputusan untuk diri sendiri.
Ibu bapalah yang wajib membuat keputusan dan memberi perlidungan kepada mereka.
Namun kita faham ada kekangan ruang, ada ketidakupayaan ibu bapa. Bukannya kejam dan zalim atau buta perut. Penguatkuasa boleh menggunakan budi bicara ketika menguatkuasakannya. Boleh tengok dan nilai, mana yang mampu mana yang tidak. Di situlah kelonggaran boleh diberikan.
Bukannya diumumkan secara terbuka sebegini.
https://www.bharian.com.my/…/keluarga-besar-diberi-kelongga…
Ibu bapa yang bertanggungjawab patut berusaha untuk melindungi nyawa anak-anaknya. Sekurang-kurangnya lindungilah anak yang paling kecil sekali, kerana dialah yang paling mudah cedera. Sekurang-kurangnya 1 carseat untuk 1 keluarga besar.
Anak-anak yang lain wajib diajar menggunakan seatbelt. Sebolehnya elakkan letak anak di pangkuan atau di kerusi hadapan kerana impaknya memberi risiko yang lebih tinggi walaupun pada kelajuan yang rendah.
Tiada kemampuan untuk membeli? Berdikitlah menabung. Iltizam perlu ada demi melindungi nyawa anak-anak. Anak itu adalah amanah, kita bakal dipersoalkan kelak samada kita telah melaksanakan tanggungjawab di dalam melindungi amanah kita.
Saya yakin, kerajaan bukanlah kejam. Undang-undang begini telah terbukti sangat berjaya menyelamatkan ribuan nyawa anak kecil di seluruh dunia.
Benar, kalau sudah ajal, di mana-mana pun mati. Pakai seatbelt, pakai carseat pun akan tetap mati. Tetapi itu bukanlah kunci atau lesen untuk kita tidak menggunakannya.
Allah suruh kita berusaha, berdoa dan bertawakal.
KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy
#MentalitiJamban
Leave A Reply