Saya tenung sahaja Khaleef yang sedang tidur. Sesekali gosokkan belakang dan cium beliau. Sedih tengok anak macam ni.
Tapi saya perasan sesuatu.
Tiub drip di tangan tak pernah bersimpul atau melilit badan dia. Rupanya setiap kali dia nak tukar posisi tidur dia akan angkat tangan tu dan baru berpusing.
Terrer jugak dia. Mungkin sebab kerap sangat dan dah mahir pun.
Mohon doa dari rakan-rakan semua agar diberi kesembuhan segera kepada anak sulung saya ini.
Nota: Sahur seorang diri di dalam wad adalah sangat tidak best.







Leave A Reply