Kita ni jenis suka “abuse” semua jenis kemudahan yang disediakan untuk kebaikan dan keselesaan kita.
Orang sediakan payung di stesen bas secara percuma, kita pakat-pakat rembat bawak balik. Bukan sikit-sikit, 4,000 kaki payung disediakan dan sejumlah itu juga hilang dalam masa tak sampai sebulan.

Orang sediakan untuk keperluan, bila panas atau hujan ambillah dan gunakanlah. Dah selesai pulangkan balik. Ini tidak, terus di ambil buat harta.
Tak pernah rasa bersalah, apatah lagi nak rasa berdosa sebab mencuri. Tak kiralah kau agama apa pun, perbuatan mencuri itu adalah satu dosa.
Di Tokyo lain cerita, tahun 2016 sahaja polis metro menerima dan menyimpan 381,135 (lebih dari suku juta) kaki payung yang dihantar oleh orang ramai di bahagian “lost and found”.
Punyalah depa tak ambik harta orang sampai macam tu sekali.
Kita?
Kisah O Bike ni pun sama juga.
Orang sediakan kemudahan bagi memudahkan. Memanglah kena bayar namun dengan bayaran yang kecil tu takkanlah kita angkut bawak balik rumah?

Atau takkanlah lepas pakai campak dalam sungai, atas pokok, dalam longkang dan sebagainya. Kesian basikal tu.
Memang sistem O Bike ni tidak sesuai. Di negara-negara lain pun berlaku benda yang sama sebab sifat manusia yang suka “abuse” ini. O bike terpaksa menarik diri hampir di kesemua negara yang dimasukinya kerana masalah yang sama.
Basikal dijumpai di dalam tasik, longkang, atas pokok, atas highway dan sebagainya yang menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengambil tindakan menghentikan perkhidmatan basikal ini.
Benda ni tak akan berlaku jika semua orang ada sifat takut pada dosa dan takut pada Tuhan. Gila kot, kau merosakkan harta benda yang bukan milik kau. Tuhan marah, Tuhan murka dengan orang yang begini.
Orang kita ni bab dengki nombor satu.
Alah, diorang dapat duit kot nanti pandai-pandailah diorang repair. Kita dah bayar kan.
Sama lah kes tak kemas meja kat restoran makanan segera. Sebab perasaan duit dia tu besar, sebab dia dah bayar dan dengki kat restoran tu. Kalau kita kemas sendiri nanti restoran tu untung besar sebab tak payah gajikan pekerja untuk mengemas.
Alah payung tu diorang beli guna duit CSR kot, memang untuk dibelanjakan kepada rakyat. Aku ambik satu bawak balik takde hal lah. Diorang kaya-raya, tak heran lah.
Nampak tak?
Semua kes yang diklasifikasi sebagai “bermentaliti jamban” ini adalah hasil dari perasaan selfish dan hasad dengki yang maha agung serta tak takut Tuhan.
Pakat-pakat lah buang sifat buruk tu dari dalam diri masing-masing sebelum meninggal.
Terima kasih.
KHAIRUL ABDULLAH







Leave A Reply