Dulu memang saya ingat saya dah tak berpeluang jadi bapa. Dah lama kahwin belum ada anak.
Sindir dan perli pun saya dah immune. Saya pasrah sahaja.
Masuk tahun ke 10 tup-tup Khaleef keluar, disusuli oleh Khaleel di tahun berikutnya dan seterusnya Khaleed pula.
Hari ni saya adalah seorang bapa yang sibuk, gembira, hensem dan juga awesome.
Jadi buat semua bapa, ayah, abah, walid, daddy dan apa sahaja panggilan diberikan kepada anda, SELAMAT HARI BAPA.
Moga kita semua kekal hebat dan hensem selamanya.







Leave A Reply