• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Telefon bimbit, Window Painting dan Perindu

27/02/2012

Apa tu?

Semalam ketika membelek-belek telefon bimbit saya, langsung terimbau kenangan memiliki telefon bimbit pertama saya pada awal tahun 1996. Ketika itu tidak banyak pilihan, yang ada cuma NEC dan Motorola, manakala Nokia baru menjengah pasaran, belum terkenal lagi. Hanya dua jenama telefon dan ada 3 pengendali perkhidmatan (service provider) dan saya dah lupa. Tiada sim kad, telefon perlu didaftarkan dan beberapa hari kemudian telefon anda akan diaktifkan. Tak muat poket seluar jeans sebab terlalu besar.

[quote]Model motorola yang saya gunakan ketika itu dipanggil “kereta kebal” kerana bentuk dan saiznya dan apabila diterbalikkan dan diletak di atas meja ia menyerupai kereta kebal yang hendak pergi berperang sekiranya antenanya ditarik keluar.[/quote]

Motorola - Model tahun 1996/97

Model motorola yang saya gunakan ketika itu dipanggil “kereta kebal” kerana bentuk dan saiznya dan apabila diterbalikkan dan diletak di atas meja ia menyerupai kereta kebal yang hendak pergi berperang sekiranya antenanya ditarik keluar.

[quote]Setiap pelajar wanita yang lalu berhampiran kolej perindu pasti akan mendengar siulan mengurat, jeritan dan kadangkala bunyi ungka menjerit. Jadi layaklah dipanggil zoo.[/quote]

Apa pulak kena mengena dengan “window painting” dan “perindu”?

Ketiga-tiga perkataan atau tajuk di atas adalah saling berkait rapat pada tahun 1994-1995. Zaman ketika saya masih menuntut di ITM Shah Alam (belum menjadi Universiti). Tinggal di Kolej Perindu 3 bersama rakan-rakan adalah kenangan yang cukup mengujakan di dalam hidup saya.

Kolej Perindu adalah kolej kediaman yang paling bising dan hiruk pikuk seumpama sebuah zoo, itu adalah label yang diberi oleh pelajar wanita kepada penghuni kolej Perindu. Setiap pelajar wanita yang lalu berhampiran kolej perindu pasti akan mendengar siulan mengurat, jeritan dan kadangkala bunyi ungka menjerit. Jadi layaklah dipanggil zoo.

 

Kolej Perindu 3 - Ihsan Google

Ketika itu telefon bimbit masih baru 2-3 tahun berada di dalam pasaran dan ianya terlalu mahal. Jadi para pelajar seperti kami langsung tiada harapan untuk memiliki telefon bimbit. Tiada cara untuk berhubung sesama pelajar di kolej melainkan berjumpa. Sekiranya hendak “mengurat” gadis-gadis di kampus, terpaksa menghantar surat atau nota bersama bunga, coklat atau sebagainya. Tidak seperti sekarang, facebook, twitter, whatsapp, ym, bbm dan sebagainya yang lebih mudah, cepat dan berkesan untuk “tackle awek”.

[quote]Apabila dilihat dari bonjolan di poket belakang seluar beliau, gambaran pertama adalah “wahhhh..brader ni ada handphone lah”. Jadi itulah cara beliau mengurat awek.[/quote]

Teringat kisah seorang kawan membeli telefon bimbit mainan (bekas air minuman untuk kanak-kanak) yang saiz dan rupanya hampir 90 peratus sama dengan telefon bimbit kereta kebal saya. Beliau hanya meletakkannya di dalam poket belakang seluar apabila hendak menaiki bas. Apabila dilihat dari bonjolan di poket belakang seluar beliau, gambaran pertama adalah “wahhhh..brader ni ada handphone lah”. Jadi itulah cara beliau mengurat awek.

Itu adalah cara beliau. Bagi kami yang tidak mahu cara tersebut, telefon bimbit adalah “out of the story”. Akibat dari kekurangan dari segi media penghubung…maka media baru dicipta bagi menampung kekurangan tersebut. Di sinilah bermulanya era “window painting” atau cat tingkap.

[quote]”Window painting” adalah aktiviti berhubung dengan menghantar pesanan teks seperti sms. Cuma penghantar dan penerima pesanan perlu nampak antara satu sama lain dengan jelas bagi membolehkan aktiviti ini berlaku.[/quote]

Window Painting?? Apa tu? Macamana  tu?

Hanya eksklusif (ketika itu) bagi pelajar atau penghuni Perindu 3 dan 4 dan juga ekslusif untuk penghuni Delima 1 dan 2 kerana kolej kediaman ini bertentangan di antara satu sama lain dan dengan jarak lebih kurang 30 hingg 50 meter, anda dapat melihat dengan jelas bilik kediaman masing-masing.

“Window painting” adalah aktiviti berhubung dengan menghantar pesanan teks seperti sms. Cuma penghantar dan penerima pesanan perlu nampak antara satu sama lain dengan jelas bagi membolehkan aktiviti ini berlaku.

Kenapa di panggil “window painting”?

Ini kerana apabila anda melihat aktiviti ini (sebenarnya agak pantas bagi yang cukup mahir) anda seolah-olah melihat beliau sedang melukis atau menconteng di kaca tingkap beliau. Sebab itu di panggil window painting. Jadi, sekiranya anda melihat langsir asrama wanita (Delima) dibuka maka ada aktiviti “window painting akan berlaku”.

Ia adalah aktiviti berhubung atau berbual dan bertukar maklumat dengan menggunakan bahasa isyarat. Bayangkan anda di hadapan kaca tingkap rumah anda dan melihat ke rumah jiran anda dan anda saling memerhatikan antara satu sama lain. Jadi untuk menjerit bagi menyampaikan mesej tidak boleh kerana tidak akan didengar secara jelas. Untuk menggunakan bahasa isyarat, anda tidak pandai, jadi mengeja dengan menggunakan huruf dan aksara adalah lebih mudah.

Tidak jelas?

Caranya mudah, ambil surat khabar lama, atau majalah, gulungkan menjadi seperti “baton” dan tuliskan ayat di kaca tingkap secara perlahan dan jelas. Sekiranya anda ingin menghantar mesej “Saya nak jumpa awak” maka anda perlu mengeja di kaca tingkap satu per satu (s.a.y.a_n.a.k._j.u.m.p.a_a.w.a.k…) seperti menaip sms tetapi tulisan tersebut ditulis secara isyarat simbol huruf dengan besar dan jelas di kaca tingkap . Tetapi harus diingat, “mirror image” atau imej cermin di mana sama seperti melihat cermin…anda tidak boleh menulis hurf S seperti menulis di atas kertas, anda perlu menulis secara terbalik barulah penerima mesej di sebelah sana akan dapat melihat huruf S dengan betul.

[quote]Bagi yang betul-betul mahir beliau dapat menulis kira-kira 40-50 perkataan seminit[/quote]

"Window Painting" manipulasi photoshop untuk memudahkan pemahaman ada.

Jadi untuk mahir di dalam seni “window painting” ini agak mengambil masa. Bagi yang betul-betul mahir beliau dapat menulis kira-kira 40-50 perkataan seminit. Ia juga bergantung kepada pembaca mesej..harus mahir dan cekap membaca tulisan tersebut dengan koma, noktah dan pelbagai tanda lain seperti space. Sekiranya diketuk atau “tap” sekali tandanya spacebar kalau dua kali di ketuk  maknanya koma, kalau tiga kali maknanya full stop atau titik (kalau tak silap saya) sebab saya tidak pernah, hanya jadi pemerhati dan pencatat mesej yang ditafsir oleh rakan saya.

Jadi, mesej pada ketika itu dihantar secara agak pantas, temujanji atau “dating” agak mudah diatur. Ada yang bercinta sakan dan ada yang bertemu jodoh mungkin. Itu saya tidak tahu.

[quote]Seperti pupusnya Kenanga Inn yang menjadi tempat persinggahan popular makan nasi Goreng Ayam Pak Mat dan untuk minum Koko Cincau, Tembikai Cincau…[/quote]

Yang pastinya, masa telah merubah segalanya.

Saya pasti “window painting’ sudah pupus di kampus UiTM Shah Alam sekarang. Seperti pupusnya Kenanga Inn yang menjadi tempat persinggahan popular makan nasi Goreng Ayam Pak Mat dan untuk minum Koko Cincau, Tembikai Cincau, Honey Dew Cincau, Sirap Cincau, Teh Ais Cincau dan serba serbi cincau pada ketika itu.

Apa yang masih popular di UiTM sekarang ni? Entahlah..saya tidak tahu. Ceritalah kepada saya sekiranya anda tahu.

Update : Saya baru terjumpa tulisan blogger lain mengenai window painting ni. Sila Klik

aktiviti di itmcat tingkapcuci tingkapdelima 1. delima duadelima itm 1995itm pada tahun 1995itm shah alamkolej delimakolej perinduperindu 3perindu itm 1995perindu zootelefon bimbit lamawindow painting
Share

Believe It or Not  / Blog  / Experience  / Knowledge  / Lesson  / Nostalgia

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

15 Comments


-gedek!
28/02/2012 at 9:47 am
Login to Reply

display nombor macam calculator dulu-dulu

haha



    admin
    28/02/2012 at 12:38 pm
    Login to Reply

    haha..betul tu uncle. Itu dah kira tahap canggih gila tu..

-gedek!
28/02/2012 at 4:14 pm
Login to Reply

apple? ini aci tak…?

http://www.blogbeginsatforty.com/2011/02/february-16-2011.html



    admin
    28/02/2012 at 4:23 pm
    Login to Reply

    Haih uncle..belum tido lagi??

    Ehhh…dah ada yer. Ingat belum lagi. Apa2 pun terima kasih lah yer.

    Apple hijau laaa..terbaeekkkk lah uncle? saya expect ada arrow and bow…sebab takut kalau pistol tu bahaya sangat. Apa2 pun…pejam mata and baca bismillah yer..wish you all the best. *wink wink*

Moh Kembara
28/02/2012 at 8:10 pm
Login to Reply

Assalamualaikum Yob Khairul, balas ziarah. Tima kasih singgah blog akak. Semoga akak dpt membaca yg menarik dan informatif dr blog Yob nanti. Menarik baca pasal henfon lama ni. Nostalgik!



    admin
    29/02/2012 at 1:33 pm
    Login to Reply

    Terima kasih Kak. Baca blog akak pun best.

MaryaYusof
29/02/2012 at 3:55 pm
Login to Reply

Salam Khairul,

Lama tak singgah sini, sy baru baik demam… Kamu pun mesti dah sihatkan…haritu dgrnye xsihat jg…

Hubby sy dulu pun UiTM Shah Alam, klau tak silap tinggal di kolej perindu ni jgk kot.. sb pernah dgr die cerita… HP besar mcm botol air tu dulu sy pun ade… Rs kelakar bile ingat balik…Dulu mcm2 cara dibuat utk berkomunikasi, skrg ni sb dah ade hp rs mcm xbole nak survive pulak bile tak ade… Dulu boleh je kan 😉



    admin
    29/02/2012 at 5:50 pm
    Login to Reply

    Marya,

    Yer hari tu saya dah demam. Giliran awak pun sudah kan. 🙂

    Ohh..ur hubby pun dok perindu dulu yer? Hahah..orang yang best2 jer dok perindu ni ;).

    Skrang kalau takde hp…makan tak kenyang mandi tak basah ler..macam orang angau.

eza
20/11/2012 at 10:00 am
Login to Reply

hahahaha…WINDOW PAINTING..hemmm saya salah seorang yang terlibat dlm aktiviti nih jugak(at least mengaku ok..)..hahahhaha..delima lawan perindu..penat mengeja satu-satu..sweet memories..nasib baik tak sangkut dgn budak perindu..eehhhh sangkut gak tp my hubby perindu yg mengadap hutan..hheheh



    Khairul
    20/11/2012 at 4:48 pm
    Login to Reply

    Eza,

    Awak budak delima yer? tahun bila tu?
    Tapi…apa2 pun memang best kan memori dulu2 ni 🙂

eza
21/11/2012 at 2:58 am
Login to Reply

ye saya duk delima..batch 1995-1998..kami geng2 masuk ITM after STPM…budak Level 13..KA dulu amik AD ke?



    Khairul Abdullah
    21/11/2012 at 9:06 am
    Login to Reply

    Oh..junior..saya tahun 1995 dah grad 🙂 Saya dulu tidak ambil AD tapi kursus lain di FSPU (dulu KSPU).

fadzilahazman
29/11/2012 at 9:21 am
Login to Reply

sy masa belajar kat kampus mmg tak wat bnda2 ni(kunun2nya baik la)tp sbnrnya sy sendiri tak berminat dgn budak yg seusia saya(tp suami sy sebaya,satu sekolah plak tu..erk!)
messenger cmni sy buat masa sekolah je,tp bukan kat cermin,tp kat meja,kita pggil TABLE MAIL..masa tu sy form 1,sekolah sy dua sesi,sy sesi petang,maknanya berkongsi kelas la dgn bebudak sesi pagi..saya noticed meja saya selalu diconteng,hari2 sy padam tp esok ada balik,pastu sblm balik,sy tulis,JGN CONTENG MEJA…esoknya ada plak yg reply,hari2 blm balik reply TABLE MAIL ,masa ni lah terus dpt abg angkat(hahaha..bebudak sekolah dedulu kan suka berangkat-angkat)
bnda ni terus menerus naik ke form 2,juga sesi petang,kebetulan masih kongsi kelas yg sama dgn abg angkat tu..masih ber TABLE MAIL,hari2 tak sabar pegi sekolah sbb nk baca TABLE MAIL..hikhik~masa ni dah upgrade sikit,selain table mail,dia tgglkan surat,satu hari abg angkat sy cerita surat tu kantoi dgn cikgu akaun dia,cikgu dia baca surat kitorg depan kelas…kenangan semua tu…
seronoknya zaman belajar kan x_x



    Khairul Abdullah
    29/11/2012 at 10:12 am
    Login to Reply

    Saya zaman sekolah takde table mail tu sebab kelas dan meja tu memang eksklusif untuk kami..so takkan ada orang lain pakai kelas atau meja tu…so tak boleh ler ber table mail ni.

    Yer..zaman sekolah memang sangat seronok…apatah lagi bagi budak nakal seperti saya.

fadzilahazman
29/11/2012 at 2:57 pm
Login to Reply

yup..sy juga slh seorg yg nakal..



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved